Dari Bolu ke Istanbul sejauh 266 km. Sampai sahaja di Istanbul, hujan mulai turun membasahi bumi.
Kami makan tengahari di bawah Jambatan Bosphorus yang membahagikan Istanbul kepada 2. Asia dan Eropah.
Angin bertiup kencang dan sejuk. Pemandangannya sangat cantik.
Inilah makanan tengahari kami. Di sini terkenal dengan ikan fresh yang di salai. Yummy...sedapnya....
Kami dibawa ke kilang pakaian terutama yang di buat dari kulit. Tapi harganya...tersangatlah mahal.
Kemudian di bawa melawat dan bersembahyang di Blue Mosque.
Pemandangan dari sudut lain. Memang cantik. Ada taman di sekitar masjid ini untuk melepak.
Ini ialah Hagia Sophia yang terkenal. Dulunya sebuah gereja tetapi di ubah menjadi masjid di zaman Ottoman. Dan akhirnya di jadikan muzium.
Di dalam Hagia Sophia banyak gambar dan lambang keristian diubah sesuai dengan masjid.
Pemandangan dari jauh Hagia Sophia.
Selepas itu kami dibawa menaiki Bosphorus Cruise secara 'private'.
Sebelum menaiki kapal, sempat bergambar. Janganlah mabuk laut kali ini.
Kami menaiki kapal ini sambil melihat pemandangan kota Istanbul. Kelihatan Jambatan Bosphorus yang menghubungkan sebelah Asia dan Eropah Istanbul sangat indah tersergam di atas sana.
Sambil berlayar kami menjamu selera di tingkat bawah ada disediakan sebuah Cafe. Di atas sangat sejuk angin laut meniup sehingga terasa hingga ke tulang. Di Cafe ini ada disediakan heater.
Akhir sekali Topkapi Palace yang menempatkan kesemua Ottoman architecture dan sejarah sejarah Sultan di zaman Ottoman. Ia dibina oleh Sultan Mehmed 11.
Masa untuk shopping di Grand Bazaar Macam macam ada dijual di sini.
Ukiran di sebelah atas Grand Bazaar pun sungguh cantik. Dapat juga beli T shirt untuk anak anak dan piring yang di ukir dengan tangan untuk hiasan.
Ini pula di Spice Bazaar sebelum on the way ke Antartuk Airport.
Saffron dan pelbagai jenis rempah ratus Turki ada dijual di sini.
Lampu lampu Turki pun sangat cantik. Aduh...nak beli tapi macamane nak angkut buat Hand Lugage.
Gambar kenangan bersama di Istanbul. Selepas ini akan menaiki kapalterbang ke Almaty, Kazakhstan. Berjumpa semula di sana.
No comments:
Post a Comment