Followers

Saturday, April 3, 2010

BAB 24 - MELANCUNG KE NEW ZEALAND

Salam. Bertemu kembali... Penghujung tahun 2003, saya berpeluang melancung ke New Zealand. Tempat yang beriklim sejuk dan nyaman. Bergambar di ladang buah oren. Manis sungguh buahnya...

Bersama kanak-kanak sebelum menaiki kereta kabel di Skyline, Rotorua. Menaiki naik kabel berempat tetapi semasa menuruni bukit terpaksa menaiki kabel yg duduk berdua shj. "Open air" lagi, kaki berjuntai2 ke bawah. Kebetulan pasangan saya tak tahu ke mana... terpaksa menaiki keseorangan. Menangis kerana ketakutan tapi itu sahaja jalan untuk turun ke bwh pada waktu itu...

Di ladang anggur bersama rakan2 tupperware menikmati makan tengahari. Selesai makan , bersiar2 mengambil gambar di situ.

Di Pelabuhan Auckland. Memang terdapat banyak kapal yg berlabuh. Di sini juga ada pameran dan penjualan berbagai bagai jenis kapal untuk berlayar. Mahalnya... seperti sebuah rumah kita. Kapal ini siap dengan dapur, bilik tidur dan ruang berehat bersama tv dan lain2.

Aduh! tiba2 je mereka datang untuk bergambar bersama. Jadi ambillah jg nak ambil hati. Mereka ialah chef di restoran ini. Mereka sungguh peramah... tapi saya tak blh makan masakan mereka. Tak mengikut citarasa saya. Saya ingat lagi, hari itu saya cuma makan roti dengan sedikit salad sahaja. Sampai di hotel terus rendam maggi...

Cuaca sejuk di luar, memaksa saya duduk di tempat api. Pada masa itu kebanyakan tempat terdapat tempat memanaskan badan ini. Sudah menjadi lumrah orang di sana. Di Malaysia jangan dibuat... dah lah panas, terbakar nanti badan... Hitam jadinya... Selepas menjamu selera di situ, kami terus menuju ke tempat yg sangat menarik dan menjadi tumpuan ramai, Air panas dan gua rotorua... Sungguh menyeramkan apabila memasuki gua bwh tanah ini. Sangat2 gelap dan menakutkan sekali. Rasa2nya kalau disuruh masuk lagi ke sana, minta maaf banyak2 sgt. Dah serik...

Ini, bergambar di pintu masuk ke tempat yang saya cakap tadi. Sayang kamera tidak blh digunakan untuk mengambil gambar. Dilarang di dalam gua bawah tanah ini...

Tenguk di belakang, pancutan air panas memancut keluar dari kerak bumi...ketika berada di kawasan ini memang terasa hangatnya. Tapi ada jg tempat yg blh direndam kaki dan mandi lumpur...

Inilah kejadian tuhan... sungguh menakjubkan..

Kami sempat singgah di perkampungan org2 asli New Zealand, Org Maori. Sungguh unik budaya mereka. Tetapi kebanyakan org lelaki ,bila diajak bergambar, mereka akan memberikan aksi muka yang garang. Agaknya memang begitu...

Sungguh lembut bulu-bulu kambing biri2 ini. Tak beli pun...bergambar sakan cukuplah. New Zealand memamg terkenal dengan bulu kambing biri2 ini. Berbagai2 boleh didapati dari bulu ini...ada dibuat baju bulu, selimut, perhiasan dan mcm2 lagi...

Di bandar Rotorua, masa untuk membeli belah... Biasalah ... perempuan..Besar sungguh tempat ini.. Kena berjalan kaki dari satu kedai ke satu kedai...Tidak pernah lupa untuk membeli baju t shirt utk anak2. Mereka pasti gembira.

Begitulah di antara pengalaman2 melancung ke New Zealand.
Jumpa di tempat lain lagi...


3 comments:

  1. Wah seru ya jalan-jalannya. Usul nih. Munkin blognya akan lebih rapi, jika bagian main barnya dibuat lebih lebar. Cuma usul lho. Caranya gampang saja. Salam kenal dari martapura. Indonesia.

    ReplyDelete
  2. salam, aduh namanya panjang bangat... tk sudi datang. Saya ni bukan pakar sangat buat blog ni tapi suka kongsi2 pengalaman ke negara2 org...
    Insyaallah akan saya usahakan masa terdekat ini..

    ReplyDelete
  3. Best tuh melancong ke New Zealand dan pastinya best kalau dpat berjimat dengan Flexiroam

    ReplyDelete