Sarapan pagi di Hotel South Venetian . Bersedia untuk bertolak.
Di luar hotel menunggu bas yang akan membawa kami bersiar siar di Macau.
Bas khas hotel Venetian.
Bangunan penuh dengan kasino kasino di merata rata tempat di Macau.
Sampai di Ruins of St Paul's.. salah satu World UNESCO Heritage Best di Macau. Kumpulan kami bergambar bersama.
Firdaus pun tak ketinggalan membuat aksi di sini.
Selepas itu kami pergi ke tempat shopping di tengah bandar Macau.
Berbagai2 tempat menjual barangan berjenama.
Tempat ini menjadi tempat pertemuan sebelum menuju ke Westen Hotel untuk makan tengahari dan solat Zohor dan Azar.
Sudut yang berbeza tempat pertemuan kumpulan kami...
Menu makan tengahari ini, chef yang dibawa khas dari Malaysia dengan daging yang halal untuk Delegates Tupperware.
Ini lah di antara buffet yang terdapat dan dihidangkan di sini.
Soup mushroom ini sangat sedap di makan dengan roti garlic. Ada juga sushi yang macam Dila buat dan berbagai bagai lagi. Setelah kenyang, kami dibenarkan menggunakan satu ruang di hotel ini dan toilet yang berdekatan untuk mengambil wudhuk. Alhamdulillah.
Di kawasan luar hotel sebelum menaiki bas menuju ke satu lagi tempat bersejarah dan shopping.
Hotel Westen berdekatan dengan pantai yang landai dan cantik.
Dalam perjalan kami singgah di Hotel Galaxy yang terkenal dengan pesta cahaya di lobby hotel berkenaan.
Ini salah satu tarikannya, sebiji Diamond besar tiba tiba muncul bersama cahaya dan berpusing pusing.
Di bahagian bawah kelihatan ikan koi di dalam air yang mempunyai berbagai cahaya. Sungguh cantik.
Di bahagian luar hotel, kelihatan kereta yang terpanjang . Sungguh terpegun.
Kemudian kami menuju ke Senado Square & Her Vicinity. Tempat ini seperti tempat shopping barang barang berjenama iaitu "Shopping Outlet"yang biasa tetapi kebanyakan bangunannya bercirikan kebudayaan Portugis.
Di sini kami makan tengahari di sebuah Restaurant Halal Food - Indian Food yang terkenal . Best juga masakannya.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu kami dibawa menyaksikan pertunjukkan yang terkenal di sini iaitu "Dancing Water".
Kalau pergi ke Macau , kita mesti datang melihat pertunjukkan ini. Kami berbaris panjang sebelum mencari tempat duduk yang di suluh oleh lampu suluh ke kerusi masing masing.
Sebelum pertunjukkan ini. Lantai akan berisi dengan air yang berbagai bagai. Semasa pertunjukkan , kami tidak boleh mengambil gambar kerana di khuartiri mengganggu pergerakan penari penari yang menunjukkan aksi "stunt".
Setelah selesai pertunjukkan hampir 2 jam, kami kembali ke hotel untuk mengemas bagasi masing masing kerana kami perlu menaiki kapalterbang pagi .
Setelah sarapan di hotel, kami bertolak ke Lapangan Terbang Macao.
Di antara kata kata yang terdapat di terminal ini menggunakan 3 bahasa iaitu bahasa Inggeris, Portugis dan Cina Macau.
Menunggu kapalterbang untuk kembali ke Malaysia. Home Sweet Home. Welcome Back. Itulah pengalaman semasa berada di Macau bersama Tupperware. Berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment