Memang sudah lama tak mengupdatekan blog. Kini mood sudah kembali.
Kita sambung cerita semasa pergi ke Mesir dan hari Convo Nurfadhilah.
Setelah sehari ke Iskandariah, kami melawat sekitar Kaherah pulak. Mula2 kami pergi ke Kubu dan Masjid duplicate masjid biru di Turki. Berada di puncak , kami dapat melihat seluruh bandar Kaherah.
Menuruni bukit untuk meneruskan perjalanan kami ke Piramid pula.
Peluang bukan datang selalu. Kami menaiki tangga mendaki Piramid. Lepas ini mungkin tak boleh mendaki dah. ini pun termengah2.
Seperti biasa kawasan ini mesti pergi utk melihat dan bergambar dengan ketiga2 Piramid ini.
Membuat aksi begini sudah semestinya. Angin bertiup kencang, Bayangkan lah pasir2 berterbangan.
Sementara kami berehat, Cik Abang kita tidak melepaskan peluang utk menunggang unta.
Bila kita menunggang unta ini, kita boleh merasai bagaimana Nabi Muhammad SAW menunggang pada zaman dahulu. Memang meletihkan kerana kita perlu mengikut rentak unta berjalan.
Kami juga shopping di Hussein mmg terkenal dengan berbagai2 barangan. Kami juga melawat makam dan masjid imam shafie dan juga kilang membuat pati minyak wangi .
Tibalah masa Hari Convokesyen Nurfadhilah di Universiti Al Azhar.
Inilah waktunya Nurfadhilah menerima ijazah kedoktoran dari UniversitiAl Azhar.
Setelah 6 tahun bertungkus lumus dengan kehidupan di negara orang dan mengulangkaji pelajaran untuk segulung ijazah.
Selesai majlis dengan meriahnya, menuju ke homestay dan keesokkan hari akan bertolak ke Doha pula untuk menziarahi kawan lama yang menetap di sana. Tunggu....
No comments:
Post a Comment