Followers

Tuesday, August 2, 2011

Kesian Dila....



Aduh!!! Kapalterbangnya delay lagi 4 jam....... kesian Dila....terpaksa berada di Riyadh lebih lama lagi....Apa nak di kata...... Sabarlah Dila....

Kami sedang menunggu waktu penerbangan yang muktamat bagi penerbangan Arab Saudi tersebut.

Baru sebentar tadi, Dila menghantar sms, kemungkinan bertolak pukul 4 petang, sekarang di sana baru pukul 4 pagi. Masa penerbangan Riyadh - Malaysia mengambil masa 10 jam.

Ini adalah disebabkan enjin kapalterbang tersebut mengalami kerosakan. Sekarang, Dila telah diberi visa dan dalam perjalanan checkin di hotel. Kemungkinan Dila akan bertolak oukul 4.30 petang dan akan sampai di KLIA pukul 5.30 pagi Khamis. Jadi semua perancangan terpaksa ditukar.

Sekian buat masa ini.

Berita terkini...



Tadi baru lepas FB dengan Dila di Riyadh. Kapalterbangnya delay..... tak tahu lagi pukul berapa bertolak. Dia cakap sekarang lapangan terbang tersangat sesak. Maklumlah musim orang menunaikan umrah bulan Ramadhan.

Terjadi kejadian bertolak-tolak semasa di lapangan terbang Kaherah.... seorang kawannya tercedera di kaki. Nasib baik ada seorang senior juga dari Temerloh tolong menguruskan tiket dan bagasi yang berat itu. Mereka kena beri upah kepada pegawai di kaunter untuk mendapatkan tiket perlepasan supaya tidak terlepas kapalterbang di Kaherah. Terima kasih Faiz......

Harap-harap semua berjalan lancar.

Dila akan pulang dari Mesir.


Nurfadhilah akan kembali ke Malaysia untuk bercuti semesternya pada 3.8.11 bersamaan hari Rabu. Sekejap saja sudah 2 tahun dia belajar di sana. Tinggal lagi 4 tahun lagi pengajiannya dalam bidang Medic di Universiti al-Azhar.


Ya Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan pulang anakku Nurfadhilah binti Arshad yang akan menaiki penerbangan Arab Saudi pada malam ini dan akan transit di Riyadh seterusnya
akan meneruskan perjalanan ke Malaysia. Dia dijangka mendarat pada pukul 1.00 petang esok bersamaan hari Rabu, 3.8.11.
Amin amin Ya Rabbal'alamin....

Selamat pulang Dila....