Followers

Wednesday, April 16, 2014

Tupperware Trip - Zhongshan dan Guangzhou

 Sampai di Zhongshan  kami disambut oleh Tupperware dengan makan malam dan tinggal di Sheraton Zhongshan Hotel di Guangdong, China.

 Pagi esok selepas sarapan,  check out , dan akan ke  Guangzhou untuk shopping sakan...

 Inilah di antara bag bag Tupperware Pink kami...untuk dimasukkan ke perut bas.

 Tempat yang pertama kami pergi ialah Great Mosque of Ghuangzhou..

 Di dalam masjid....

 Di luar masjid terdapat banyak kedai kedai yang menjual daging halal dan restoran halal.

 Ini adalah salah satu darinya.....

 Kemudian terus ke tempat shopping yang pertama, di sepanjang jalan banyak restoran halal ...

 Inilah Wan Ling Plaza yang terdapat banyak cenderahati dan pelbagai barangan untuk di bawa pulang.

 Berhenti rehat untuk makan tengahari di Restoran Halal dan bersembahyang jamak zohor dan Azar di Musalla yang disediakan oleh tuan kedai ini.

 Gambaran di luar restoran berkenaan sementara menunggu bas selepas makan.

 Sambil itu beli sedikit buah berangan dan dapat merasa keenakan buah ini.

 Tempat shopping yang kedua, Baiyun & Baima Whosesale Market. Terkenal dengan fesyen dan barangan kulit.

 Selesai shopping di sini, kami makan malam di sebuah restoran halal yang terbesar.

 Inilah luaran restoran tersebut . Selepas ini menuju ke lokasi shopping yang ketiga di Zhuhai yang berdekatan dengan Imigresen untuk ke Macao pula.

 Iaitu Underground Shopping Mall yang terletak di sempadan ke Macao.

 Inilah tempatnya berada di bawah tanah...satu satunya mall yang sedemikian..Hee...
Selesai shopping, kami perlu mengambil bag pink dan memasukkan barangan shopping serta mengemas bag di tepi bas dan membawa bag masing masing ke Imigresen Macao.

Di sini tidak dibenarkan mengambil gambar langsung...Jadi tiada gambar yang dapat ditunjukkan sebagai bukti. Wow !!!! Ramainya manusia berulang alik melalui pintu ini seperti di Tambak Johor juga lebih kurang.
Adui...letihnya seharian shopping sakan kena berbaris panjang pula di sini...Nasiblah...

Tengoklah muka masing masing setelah selesai di imigresen Macao. Sementara menunggu kawan kawan yang lain selesai  "checking", kami berkumpul di bahagian luar sambil menunggu bas.
Welcome to Macao. Bertemu lagi di episod yang berikut.