Rasanya inilah merupakan Jubilee Tupperware yang terakhir . Sudah tidak mampu menghadiri acara acara yang sebegini di masa akan datang. Selamat tinggal.
Tahun ini sempat bersama anak, Farah untuk mendapat sedikit ilmu.
Jubilee baru ini di adakan di Sunway Piramid selama 2 hari sahaja.
Malam Gala Dinner Tupperware . Menanti pintu dewan dibuka utk acara Gala Dinner.
Sungguh meriah. Tema pakaian hitam dan merah.
Melaram seketika dengan jubah yang dibeli di Mekah semasa menunaikan haji 7 tahun lepas bersama shrawl yang dibeli dari Tibet, China.
Inilah makan malam kami . Mula mula dihidangkan dengan sup sirip ikan seperti biasa, dan di ikuti dengan udang goreng bertepung, isi ikan sweet sour, ayam dan beberapa masakan lagi bersama nasi goreng. Terasa usia tidak mengizinkan untuk menghadiri Jubilee Tupperware lagi.