Followers

Thursday, September 10, 2009

BAB 8 - MELANCUNG KE AFRIKA SELATAN


Selamat bertemu lagi. Kali ni saya akan ceritakan sedikit kisah semasa ke Afrika Selatan iaitu Cape Town. Mmg tempat ini mempunyai pemandangan yg sgt cantik dan mempersonakan. Udaranya menyamankan.

Tempat utama yg dilawati ialah Table Mountain. Kami menaiki kereta cable yg menjunam tinggi. Tak pernah lg merasakan naik cable yg begitu tinggi...Seram jg. Apabila sampai di puncak bukit, kesejukan mencecah -3. Sejuknya... Menggigil bila duk bergambar kat luar lama2. Kena msk dlm dulu utk panaskan bdn, kemudian keluar semula. Satu ketika ketika bergambar, bunyi siren menyuruh kami kembali ke stesen krn angin bertiup kencang dan membahayakan.

Kemudian pergi ke Cape Point, tempat pertemuan 2 laut. Kalau dilihat dgn mata kasar, kita dpt melihat pusaran 2 laut itu. Sblh laut berwarna kehijaun dan 1 laut kebiruan. Itulah kebesaran Allah yg menjadikan sedemikian rupa,

Di sini makanan halal mudah didapati. Setiap hari dpt makan nasi dgn daging serta udang2 besar yg segar. Masakannya enak. Semasa sedang bershopping, bertemu dgn org2 afrika yg berugama islam. Mrk sggh peramah. Pantang tgk kami bertudung, mrk akan memberi salam. Seronok berbual dgn mrk. Masjid dan surau merata2 tempat ada. Malah ada satu tempat tu, diberi panduan arah ke surau, siap dgn aircon lg.

Yg paling best, dpt merasa naik burung unta...dpt melihat kehidupan org2 asli di sana...Itulah di antara peristiwa2 yg menarik di sana.