Followers

Monday, February 20, 2012

Toledo.....UNESCO World Heritage Site (1)

Toledo terletak di tengah2 Sepanyol, 70 km dari bandar Madrid. "Old Toledo" ini berada di atas bukit tinggi yang di kelilinggi oleh 3 bahagian dari Sg Tagus.

Ia sebuah bandar lama yang masih memelihara sistem jalanraya yang lama. Ini merupakan bahagian puncak bukit tinggi. Kelihatan di bawah pemandangan bandar lama Toledo.

Bas tidak dibenarkan menaiki bandar ini. Kami terpaksa berjalan kaki menaiki dan melawat tempat2 yang bersejarah. Kalau selalu mcm ini boleh jadi slim......

Bersama pakaian pahlawan zaman silam Sepanyol. Mesti berat baju ini....

Di antara senapang2 yang menarik dan pedang2 lama yang diukir begitu cantik...

Di antara kerja2 tradisi yang dilakukan oleh orang di bandar Toledo ini....

Semasa berjalan, berjumpa dengan orang Argentina, terharu kerana diajak bergambar sebagai kenangan bersama.

Akhirnya kami sampai ke puncak sekali, Ini adalah diantara penempatan orang2 islam. Kami makan tengahari di sini kerana di sini ada disediakan makanan halal.

Di antara ekonomi orang2 islam di puncak bukit Toledo ini....

Inilah makanan tengahari yang disediakan....ayam panggang bersama kentang goreng, salad dan pencuci mulut dan juga roti2. Ah! kenyang rasanya selepas mendaki bukit dan berjalan kaki tadi. Kaki terasa letih tetapi seronok berjalan sambil memerhati keindahan bandar dan bangunan yang lama yang masih dikekalkan.

Masih berada di Toledo. Selepas ini kami akan di bawa untuk acara yang paling diminati oleh kaum perempuan iaitu "shopping"di sebuah tempat shopping yang sgt terkenal . Tunggu bahagian kedua di Toledo....

2 comments:

  1. Salam Hajjah,

    Hmm ke Espana pulak. Memang negara yg cantik dan bersejarah. Suka tngok banguanan bersejarah ni. Nanti gi Andalusia tak? Tengok Alhambra.

    ReplyDelete
  2. Moh Kembara,
    Kami gi Madrid dan Barcelona je..... tu pun dah lebih seminggu. Terasa lama sgt, rindu kat anak2 dan suami....Insyaallah, bln 9 ni ke Korea pulak...

    ReplyDelete