Followers

Monday, January 6, 2014

Jejalan ke Singapore bersama Ijah dan Aan semasa cuti sekolah. Bahagian 1

  Pada 26.12.13, kami bertolak ke Johor Bharu dan menetap di Hotel Selesa.

Pada  27.12.13, kami bertolak ke Universal Studio di Singapore. Wah!!!! cuti sekolah panjang betul beratur di imegresen JB dan Singapore. Selesai chop pasport hampir 2 jam. Fuyoo...itulah akibatnya berjalan musim cuti sekolah.

 Mercu tanda USS ialah Globe yg bertulis UNIVERSAL STUDIO...Tak bergambar di sini seperti tidak pergi ke USS.

 Masuk sahaja terus menuju ke tempat paling mereka suka iaitu Transformer...Kami membeli tiket ekspress jadi tidak perlu berbaris panjang. Terus dapat masuk....Mmg menyeronokkan dapat masuk di dalam. Tapi awas untuk org yang penakut mmg tak mau masuk dah lepas dah masuk sekali. hihihi....

 Selepas itu masuk pulak ke The Mummy....Wah! lagi seram. Tobat tak nak masuk dah. Bahaya untuk org lemah jantung...Terketar ketar lutut selepas keluar. Semua gara-gara nak menemani anak-anak ke dalam.

 Ini Jurasic Park. Menaiki bot ke dalam. Tapi nasib kami kurang baik kerana duduk di bahagian percikan air. Apalagi habis basah baju dan seluar serta kasut.. Hahahaha.....mandilah kami bertiga...

 Di dalam USS, banyak karektor-karektor tapi kami sempat yang ini saja. Yang lain semua berbaris panjang.

Akhir sekali ke tempat pengambaran Water World. Terdapat aksi-aksi stunt yang hebat selama 45 min seperti duduk didalam wayang menonton movie nya.
Tengahari berehat sebentar dan kami makan di Malaysia Food Street. 3 org hampir RM100.00 kerana nilai duit RM kecil berbanding Singapore Dollar.

Kami bersembahyang di surau yang terdapat di dalam USS untuk solat Zohor dan Azar. Pukul 6.00 baru kami keluar dan bertolak ke Pertunjukkan Cahaya di Pantai Sentosa.

Bersambung ke bahagian 2.

No comments:

Post a Comment