Followers

Friday, April 16, 2010

BAB 25 - MELANCONG KE BEIJING, CHINA

Salam. Bertemu kembali. Pada tahun 2001, saya berpeluang sekali lagi ke negara China iaitu Beijing. Sebelum ini saya sudah pun berpeluang ke sebelah utara China iaitu Jiuzhaigou.

Semasa di China, peristiwa 11 september berlaku, menyebabkan kami terkandas lbh kurang 2 jam setengah di lapangan terbang Beijing . Pemeriksaan yang biasa dilakukan menjadi terlalu panjang dan ketat. Inilah pengalaman yg paling meletihkan semasa hendak berlepas pulang.

Berada di Medan Tounament, tempat yg terkenal dengan "mogok lapar" tidak lama dulu. Ini yg kelakar, saja je pergi berhimpit ke salah seorang anggota polis yg bertugas pada waktu itu. Tak bergerak sikit pun. Teringat kisah Mr Bean...

Bersama rakan Tupperware bergambar di tempat yg bersejarah ini...

Ini di sebuah masjid di Beijing. Di dalam kawasan ini banyak ditanam dengan pokok buah delima.. Buahnya besar2 dan sungguh menyelerakan...

Selepas solat di situ, sempat beramah mesra dengan org islam di sini. Kami berkomunikasi dgn menggunakan bahasa isyarat sj.

Lihatlah tempat solat mrk. Saf2 nya seperti tilam2 nipis. Satu pengalaman yg tidak dpt dilupakan ialah apabila seorg dr rakan saya terlupa membawa telekong. Maka mencarilah kami di rak2 ini, terkejut didapati telekong mrk sama sekali tidak blh dipakai oleh kita. Agaknya mahzab mrk berlainan membolehkan mrk menggunakan telekong sedemikian.


Paling menarik apabila dpt menaiki tembok besar China yg menjadi keajaiban di dunia sehingga kini.


Dalam perjalanan menakluki tangga yang teratas di Tembok Besar China itu. Sesiapa yg dpt memanjat sehingga ke atas, akan dianugerahkan sijil....Berhenti rehat sekejap sambil mengambil gambar. Bayangkan tangga yg curam dan sempit. Ramai di antara kami tidak mampu meneruskan. Maklumlah semasa naik ok je..., tapi... tengoklah semasa menuruni tangga2 berkenaan, gayat....Itulah peristiwa yg melucukan. Terketar2 lutut semasa hendak turun...

Tengok itu, berpegang2, bertarik2 semasa hendak sampai ke puncak.. Dan akhirnya....


Tempat kami menginap, di China World Hotel yg bertaraf antarabangsa. Hotel baru dan berada betul2 di tempat membeli belah yg terkemuka. Bayangkanlah peniaga2 kami blh panggil ke hotel dan membawa berguni2 brg untuk dijual.... Di dalam bilik lagi...

Semasa di Beijing, saya menerima anugerah Top Manager pada tahun tersebut. Seronok dan berbesar hati dpt berada di atas pentas...
Hadiah disampaikan oleh Mr Rick Going dan Mr David Wong .

Ini adalah gambar sebuah istana zaman dulu... dikatakan rajanya mempunyai 100 org isteri dan gundik. Istana ini jg mempunyai 100 bilik2 Istana ini merupakan tempat yg tidak blh dimasuki oleh rakyat... Tempat terlarang, kalau masuk akan di hukum bunuh...

Ha ha ha... Best jg dpt memakai pakaian seperti puteri China pada masa itu... Tapi tak bestnya takde putera di sisi...Itulah pengalaman yg indah melancung ke Beijing, China.

Semoga berjumpa di tempat lain pula.


5 comments:

  1. best nye pi cina auntie .. huhuhu
    jeles saya

    ;)

    btw, thnks auntie singgah blog sy
    slm perkenalan juga ;)

    ReplyDelete
  2. jane,
    tq sudi singgah. dpt pergi melancung ke tempat yg tak pernah kita pergi mmg menyeronokkan.

    ReplyDelete
  3. salam . apa khabar lama sungguh saya tak ziarah sini. Menariknya info lawatan ni.

    ReplyDelete
  4. salam abu muaz.

    tq singgah. saya pun dah lama tak update blog. masa tak mengizinkan. tak tau bilalah blh masukkan gambar baru pula.

    ReplyDelete
  5. Bestkan berjalan ke negara orang..
    Kalau berjalan ke luar negara termasuk China nih, pastikan guna Flexiroam, mesti dapat berjimat punya :)

    ReplyDelete