Followers

Saturday, February 18, 2012

Hola ......Madrid, Sepanyol....

Menaiki kapalterbang Emirates ke Madrid, Sepanyol dari Klia pada 10.02.12. Asyik2 makan je di dalam kapalterbang ni....

Gambaran dari angkasa, Madrid. Sebuah bandaraya di Eropah yang waktu siangnya lebih panjang dari bandaraya2 lain .

Di lapangan terbang Madrid. Cuaca sungguh sejuk mencecah -3 Celcius pada hari tersebut.

Makanan tengahari yang pertama TAPAS di Madrid. Di sini 'TAPAS Lunch' ini merupakan makanan yang utama di sini. Makanan seperti ikan yang dicelur ini bersama buah zaitun, roti, acar sayur2 bersama sotong dan jemput2 kentang.

Selepas makan, kami di bawa mengelilingi Madrid. Gran Via , Puerta del sol dan Royal Palace (Palacio Real).

Kami terpaksa berjalan kaki dari perhentian bas ke Royal Palace. Gambar2 ini hanya di luar sahaja kerana di dalam tidak boleh di bawa kamera.

Di sini tidak terdapat masjid yang besar, cuma boleh di katakan surau saja terdapat di penempatan org islam. Kebanyakan masjid2 asal dulu semasa zaman kegemilangan islam di Sepanyol banyak diubahsuai menjadikan ia sebuah gereja............ Memang terpengun dengan keunikkan seni2 yang terdapat di istana Raja Sepanyol zaman dahulu... kami dibawa melihat 50 dari 2800 bilik yang terdapat di istana ini.

Waktu ini hampir pukul 5.30 petang. Menunggu yang lain untuk 'check in' di Hotel Melia Castilla. Sempat menunaikan solat zohor dan asar di hotel. Bersiap untuk makan malam di Rio Frio.....

Berjumpa lagi dalam kembara ke Toledo, Madrid pula .......

2 comments:

  1. Hello Hajah, Wow! I suka tengok these well taken gambars. And ahemmm, I must say you sure looking good. Where were you when I was handing out my resume? Ha ha ha ha. Kalau cross path da tentu lepas handbrake.

    I have never been to Spain, lain2 negeri ada. Tada pergi bullfight?
    Tada snow sana, sejuk sahajah? Can see you and friend well bundled up.
    The buildings are really beautiful, typical Spanish.
    I had a lady friend go to Spain n holiday, dia lintang pukang say the men soooooo handsome. Ha ha.

    I like the gambars in the plsne and that great shot from the window, like as if I am in the plane. Good shot!
    You have a nice day,
    Lee.
    Ps, ada jetlag lagi?

    ReplyDelete
  2. UL,
    You must be joking right????? Ha ha ha......it's really a beautifull place to visit with a just nice cold weather.

    You know? the spanish men are so handsome and friendly too.Wait for my next entry ...

    Do come again and have a nice day also.

    ReplyDelete