Followers

Sunday, February 26, 2012

Spanish Trail in Madrid City.....

Setelah diberi sedikit taklimat di lobby hotel, kami memulakan perjalanan kami ...

Dari hotel kami mencari subway untuk menaiki 2 "train" yang akan membawa kami ke " clue" yang pertama.

Di "clue" yang pertama ini, kami diberi "Tupperware" yang berisi dengan buah2 an segar.

Di " clue" yang berikut ini, kami dapat beberapa bahagian2 Tupperware........Akhirnya sampai di "clue" yang terakhir. Kami berbangga kerana menjadi kumpulan yang terakhir sampai. Ha ha ha...apa tidaknya...orang lain habiskan dulu "clue2" yang diberi, tapi kami berjalan shopping sakan dulu.


Selepas itu, kami sambung dengan agenda shopping lagi...... sebelum kami menaiki semula 2 "train" yang akan membawa kami ke Santiago Bernabeu Stadium - Real Madrid bermain.....

Di sini kami di beri bahagian akhir Tupperware tersebut iaitu tutupnya..... Wah! jadi macam budak2 pulak. Sekali sekala seronok juga tapi tersangat letih....

Balik di hotel petang sekejap intuk berehat dan bertolak semula ke La Posta Real. Di sini kami diberi latihan menari "Flaminco dance" selama 2 jam (c untuk g). Kita sebut " flamingo".

Banyak hadiah menanti kami di meja makan.....tapi yang bestnya di sini dapat merasa makanan asal org tempatan di sebut "paella". seperti biasa sebutannya ( ll untuk y) nasi paeya.

Inilah nasi paeya yang kami makan. Sungguh sedap nasi bercampur sayur2 an dan rempah ini..... ..........Lebih kurang macam nasi arab pula rasanya ......

Inilah pelayan yang menghidangkan nasi kepada kami. Pandai berlawak juga orangnya dan sungguh peramah....

Esok kami akan menaiki "bullet train" ke Barcelona.....Tunggu.....

6 comments:

  1. teringin lak nak rasa nasi paeya tu kak...
    sedap ye kak?

    ReplyDelete
  2. hmm.... sedapnya....kami pilih vegetarian tak mau ayam, nasinya berempah. lupa nak tanya resepi pulak? Kalau wahida nak makan, takde cara lain lah kena pergi Barcelona lah.....

    Sebab akak tak pandai nak buat.....Itu yang seronok berjalan ni, dapat merasa masakan mereka.

    Tq singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong, makan vegetarian ya Yong. Akak tengok kat AFC, nasi deme ni selalu deme boh seafood.

      Delete
  3. agaknya mereka bubuh juga kot seafood sbb terasa juga manisnya udang sikit......

    tapi daging ayam tidak kot....meja kami je order vege. yg lain semua amik chicken.

    Orang kat sini mmg suka makan nasi kot sebab mereka pakai masak nasi macam ni....

    Sejuk lagi ke kak kat Turki tu?????

    ReplyDelete
  4. Hi Hajah, I suka your pics sini, very nice sebab I ta'pernah pergi Spain.
    Waaa, I suka tu perumpuan flamenco.....dia tinngi macham poko kelapa. Lawa pun tu.
    Ya, saya bila mud ada belajar flamenco and Tango.
    The train is very beautiful....banyak tempat nor cramp....
    I sat in this bullet train when in Tokyo dulu.
    Must be quite chilly there now.
    You have a nice day, Hajah.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. UL,
    Tq. u mesti kena pergi spain satu hari nanti....
    Memang this lady is very beautiful and tall....
    We all belajar menari tak sampai 2 jam, mane boleh buat mcm mereka....tapi not bad....

    Do come again...

    ReplyDelete