Ini adalah pintu gerbang yg merupakan tempat membayar tol sebelum masuk ke Bandar Iskandariah. Iskandariah merupakan Bandar ke 2 terbesar di Mesir. Ia dijumpai oleh “Alexander the Great” pd 312 SM.
Sepanjang jalan di pinggir bandar Iskandariah terdpt ramai org Arab sedang duduk sambil menghisap “smoking water”. Agaknya mmg sdh budaya mrk suka duduk ditepi kedai sambil menghisap “smoking water” itu. Gambar ini diambil semasa bas sedang bergerak.
Di sini, saya berpeluang melihat “Catacombs of Kom el Shuafa , sebuah tempat makam2 raja dan keluarga mrk di zaman Rom..Gambar tidak blh diambil di sini. Kemudian pergi ke “Roman Ampitheater”, satu lg tinggalan sejarah Rom. Cuba lihat gambar. Ianya berbentuk bulatan seperti Colleseum di Itali.
Kemudian kami dibawa ke "Seafood Restaurant – Fish market" yg menghidangkan makanan laut yg "fresh" dan roti yg br dibakar. Nama restoran itu ialah Tikka Grill Restaurant di tepi Laut Mediterranean.
Tengok rotinya… panas dan sedang kembong. Sedap tau…. Ianya dihidangkan dgn 4 jenis sos yg digelar “Healthy Egyptisn Sauce. Saya makan 3 keping dan tak berdaya lg nak mkn nasi choc yg dihidangkan selepas itu. Kenyang betul...
Selesai makan , bergambar dgn berlatar belakangkan bandaraya Iskandariah dan Laut Mediterranean. Sungguh indah sekali... Walaupun dibwh matahari terik, udara msh sejuk dan nyaman sekali.
Terkejut tenguk ikan ini??? Berbagai jenis ikan dan siput2 ada dijual sebagai perhiasan.
Di antara cenderamata yg dijual. Kebanyakan berkonsepkan topeng emas, firaun, pyramid dan byk lg.
Dalam perjalanan pulang, singgah di sebuah istana yg sangat indah dan mempunyai pemandangan pinggir laut ini. Cuba teka???
Ia adalah istana milik Presiden Mesir iaitu Hosni Mubarrak. Tidak dibenarkan pelawat msk, Cuma dpt bergambar diluar pagarnya sahaja. Ramai polis dan askar di sini.
Perjalanan pulang ke Kaherah terasa sungguh lama. Kami sampai di Kaherah dlm pukul 9 mlm. Badan terasa letih sgt. Singgah makan malam di “Carvery Restaurant” yg menghidangkan berbagai jenis makanan ala “middle east food" dgn 20 jenis roti Mesir dan "dessert"2 yg manis.
Keesokan harinya, kami menyambung perjalanan ke Stepped Pyramid terletak di Sakara. Piramid ini merupakan pyramid yg paling awal dibina di Mesir. Ini adalah pintu masuk ke situ. Di sepanjang perjalanan ke Sakara terdpt ramai petani yg mendiami di dalam rumah spt kotak yg dibuat dr tanah liat. Mrk ini adalah merupakan penduduk termiskin di kaw ini...
Bergambar bersama CEO Tupperware , Mr David Wong dan isteri. Kami berenam saja dr pantai timur dpt melancung ke Mesir.
Kawasan ini adalah sebahgian dr Gurun Sahara. Yang membezakan kawasan ini dgn pyramids di Giza ialah pasirnya yg sgt halus. Sehinggakan nak berjalan, kaki mesti terbenam di dalam pasir tersebut. Oleh kerana keunikan pasir ini, ramai yg mengambil pasir ini utk dibawa pulang.
Di sini terdapat ramai puak Badwi menjalankan perniagaan mrk. Mrk menjual berbagai jenis kraftangan yg dibuat dgn tgn. Mereka jg menyewakan unta mrk untuk ditunggang. Tetapi kami tidak dibenarkan naik unta di sini kerana kawasan ini berdekatan dgn sempadan Libya. Ada cerita mrk membawa lari pelancong hingga ke sempadan. Seramnya dgr cerita mcm itu…
Selepas itu kami dibawa ke Papyrus Museum. Papyrus ialah sejenis tumbuhan dan byk tumbuh di sepanjang Sg Nil, utk dibuat kertas. Kertas ini mula2 dihasilkan dan digunakan di zaman firaun. Sayang kamera tidak dibenarkan di sini. Sekarang tibalah utk makan tengahari. Sebuah "BBQ Picnic Lunch". Bestnya. Dpt sebiji Tupperware lengkap dgn sudu dan pinggan. Makanan di masak di sekeliling tempat itu. Sudah kenyang blh “TAK PAU” lg. He.he.he....
Selesai makan, kami dpt bersembahyang zohor dan azar bersama org arab di padang yg terdpt disitu. Padang yg luas terbentang Cuma di alas dgn kain sbgai tempat sujud. Ini lah pertama kali bersembahyang di tempat yg sgt luas dan lapang itu. Jauh mata blh memandang…tapi kusyuk… insyaalah…
Kemudian bas mula bergerak menuju ke “Great Pyramids of Giza” – 7 “wonders in the World” berhampiran dgn hotel kami.
Cuba bayangkan batu yg besar itu dpt diangkat dan disusun membentuk pyramid yg sgt tinggi. Inilah misteri yg masih tidak dpt dijawab oleh pengkaji2 sejarah.