Dila kembali ke Malaysia pada 9.9.14 sehingga 20.10.14 selama sebulan setengah untuk cuti "study week" sebelum peperiksaan akhir Tahun Kelimanya.
Kali ini tidak banyak yang di bawa kerana buku-buku utk "studynya" saja berbelas kilo. Hummm....study week lah katakan.
Tapi kali ini ada benda istimewa yang dibawa pulang. Buah Tin segar. Rupa-rupanya mcm nilah rupa buah tin segar. Pergi Mekah dan Medinah pun dapat makan buah tin kering juga. Semasa pergi Mesir 5 tahun lepas pun tak dapat merasa dan terserempak dengan buah tin fresh ni.
Bestnya...rasanya manis dan juicy sangat. biji-biji kecik di dalamnya tak terasa lah sangat. Harap-harap pokok tin yang di perolehi dari Dr Wahab Arbain dapat tumbuh dan berbuah. InsyaAllah.
Inilah rupanya buah tin yang dibawa oleh Dila dari Mesir.