Inilah keretapi laju yang kami naik dari Tian Jin ke Beijing. Dengan bas , perjalanan hampir 4 jam tetapi masa balik kami menaiki keretapi yang mengambil masa tak sampai setengah jam. Wow!!! lajunya.....
Tengok betapa ramainya penumpang yang menunggu giliran untuk menaiki keretapi.
Ini adalah tiket keretapi laju itu. Mahal juga dari Tian jin ke Beijing. Sungguh tak sabar menunggu ketibaan keretapi tersebut.
Bermula dengan 0km. Dalam masa tak sampai 5 minit, keretapi sudah mencecah 313km. Lajunya.....
Tengok tu... tadi pukul 17.14 - 313km. Sekarang 17.15 sudah mencecah 332km. Hebat betul...
Berada di dalam keretapi sambil minuman dibekalkan sebotol seorang untuk menghilangkan dahaga.
Sekejapnya.... tak terasa pun . Tak bergoyang sedikit pun. Itulah teknologi keretapi laju China ini. Di Malaysia entah bilalah nak merasanya. Ini kali kedua menaiki keretapi laju. Yang pertama dulu semasa melancung ke Moscow....
Farah bergambar semasa baru keluar dari keretapi ini. Layan je lah....
Semasa berada di dalam stesen keretapi ini seperti berada di lapangan terbang je.....
Inilah gambaran menaiki Bullet Train semasa di China. Berjumpa lagi di lain masa.....