Followers

Thursday, June 26, 2014

Projek Menghijaukan Kawasan Rumahku.

 Minggu lepas pergi kenduri anak saudara di Sg Tengi. Abang Chak [Dr Abdul Wahab] telah memberi beberapa pohon pokok untuk di bawa balik. Di antaranya pohon berries, delima, anggur dan pokok tin.


 Sepohon delima di tanam di tanah dan sepohon lagi di dalam pasu.

 Ini benih ulam jarjir yang di bawa balik anak yang belajar di Mesir. dah ada tiga pasu. bila terasa nak makan salad just amik daun dan campur dengan salad biasa bersama sedikit garam dan minyak zaitun. Mmmm sedapnya.

 Tanam sedikit sawi di dalam beberapa pasu.

 Ini pula pohon epal. Bilalah nak besar pokoknya. Apatah lagi nak berbuah. Huhuhu...

 Se batang pokok Tin di dalam pasu.

 Pokok ulam yang paling sedap di buat ulam nasi kerabu iaitu Serai Kayu.

Pokok Durian Belanda yang sedang membesar di depan rumah. Semuga tidak lama lagi akan membuahkan hasil kepada kami. Insyaallah. Selama seminggu menghabiskan masa mencangkul dan menanam pokok pokok ini, akhirnya inilah hasilnya. Sakit juga tangan dan badan kerana tidak biasa buat kerja kerja berat. Tetapi hati seronok.