Followers

Wednesday, April 23, 2014

Satu lagi berita gembira hari ini...

Alhamdulillah.......seorang lagi anak akan melanjutkan pelajaran di MTNP dalam Diploma Tahfiz. Keputusan diumumkan pagi tadi. Memang pemilihan untuk memasukki Maahad ini sangat ketat. Mereka akan melalui temuduga dan perlu menghafal 1 mukasurat Al Qur'an dalam masa satu jam sahaja. Setelah berjaya temuduga, mereka akan di uji dalam Simulasi selama 3 hari pula. Kali ini perlu menghafal 6 muka surat pula.

Muhammad Farhan akan memulakan pengajiannya dalam bulan Mei ini. Semuga dapat menjadi seorang Tahfiz yang cemerlang dan dapat berkhidmat serta mempraktikkan nya kepada masyarakat. Amin.

Tupperware - Asia Pasific Conference in Macao.

 Ini adalah Asia Pacific Conference yang diadakan di ARENA di The Venetian Hotel, Macao bagi kali kedua. Sebelum ini di Beijing.

 Wakil Tupperware Malaysia/Singapure memakai pakaian kemeja berwarna kuning.Kami terdiri dari 1000 orang.

 Sebahgian dari acara yang ditunjukkan ialah product baru yang akan dikeluarkan oleh Tupperware tidak lama lagi.

 Berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat. Selepas makan bergegas ke bilik hotel untuk solat kerana kami tinggal di hotel yang sama.

 Selepas habis acara, amik peluang mengambil gambar bersama delegates. Ini dari Australia.

 Ini dari New Zealand....

 Dari Filipina....

 Dari Korea....

 Indonesia...

 Jepun...

 China...

 Berjumpa dengan delegates dari Australia yang beragama Islam dan di sebelah itu ialah dari India..

 Sebelum naik ke bilik, merayau rayau di sekitar The Venetian Hotel...

 Terjumpa dengan Bendera Malaysia ...Bangga, Megah, hee...

 Ini lah Suite kamu di The South Hotel, Venetian. Sehari tertulis di bilik itu ialah RM4000.00. Wow !!!!!!

 Satu sudut lain....

 Dua katil untuk anak dan ibu. Sungguh kelas gitu.

 Inilah gambaran di luar jendela sebahgian hotel yang terkenal  di Macao ini...

Memandangkan kali ini anak, Firdaus yang jadi cameraman, jadi gambarnya tak berapa nak ada. Ibunya bergambar sakan. Esok kami akan dibawa bersiar di sekitar Macao.....Apa yang menarik? Tunggu...