Ia sebuah bandar lama yang masih memelihara sistem jalanraya yang lama. Ini merupakan bahagian puncak bukit tinggi. Kelihatan di bawah pemandangan bandar lama Toledo.
Bas tidak dibenarkan menaiki bandar ini. Kami terpaksa berjalan kaki menaiki dan melawat tempat2 yang bersejarah. Kalau selalu mcm ini boleh jadi slim......
Semasa berjalan, berjumpa dengan orang Argentina, terharu kerana diajak bergambar sebagai kenangan bersama.
Akhirnya kami sampai ke puncak sekali, Ini adalah diantara penempatan orang2 islam. Kami makan tengahari di sini kerana di sini ada disediakan makanan halal.
Inilah makanan tengahari yang disediakan....ayam panggang bersama kentang goreng, salad dan pencuci mulut dan juga roti2. Ah! kenyang rasanya selepas mendaki bukit dan berjalan kaki tadi. Kaki terasa letih tetapi seronok berjalan sambil memerhati keindahan bandar dan bangunan yang lama yang masih dikekalkan.
Masih berada di Toledo. Selepas ini kami akan di bawa untuk acara yang paling diminati oleh kaum perempuan iaitu "shopping"di sebuah tempat shopping yang sgt terkenal . Tunggu bahagian kedua di Toledo....