Followers

Saturday, January 7, 2012

Penyapu lidi kelapaku......

Petang ni tak ramai pelanggan yang datang...mungkin masih sibuk dengan urusan anak2 lagi. Di depan rumah ada 2 pelepah kelapa yang berjuntai ke bawah. Ah!!! nak buat apa dengan pelepah2 ini yer? Mengganggu tempat letak kereta sahaja.

Terfikir pula...penyapu lidiku sudah semakin nipis dan lama. Bak kata Tun Mahathir, "Dah lama dah".....He he he....sempat lagi tu. Terus menyuruh Firdaus mengambil parang dan memotong serta meleraikan satu2 daun kelapa, lalu diletakkan di tepi rumah.

Apa lagi, terus merautnya satu persatu. Dari pukul 6.00 petang sehingga 7.10 malam, baru selesai. Itu baru 2 pelepah. Dah selesai, baru dapat se ikat penyapu .Itulah kisahnya....