Pada 6.9.11, abang dan Dila telah menghantar Faiz mendaftar masuk ke UITM Shah Alam bagi mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan.
Saya tidak boleh menghantarnya kerana berada di Hotel Westin menghadiri Executive Conference bermula 5.9.11 - 7.9.11.
Sabtu ni Farah pula akan memulakan kuliahnya di UIA Gombak pula. Faiz bersama kakaknya Dila yang juga Tahun Ketiga mengikuti Ijazah Perubatan di Mesir. Dila akan kembali ke Mesir pada 18.10.11.
Abahnya menghantar Faiz ke asrama yang akan didiami iaitu di Kolej Perindu, UITM.
Sibuknya abah mengeluarkan barang-barang keperluan Faiz semasa di UITM. Selamat belajar dan berjuang untuk mendapat segulung ijazah dan menjadi seorang doktor yang beriman dan bertaqwa. Ibu dan abah sentiasa mendoakan kesihatan dan kejayaan Faiz . Good luck!!!
seronok dan bangga bila anak2 ibu dan abahnya bakal2 doktor... tak la risau kalau sakit nanti
ReplyDeletewifenavy,
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tapi cuma 2 org nilah yang sangat2 meminati sains. Semuga cita2 mereka berdua untuk menjadi doktor berjaya.
Kita sebagai ibu bapa tak mengharapkan balasan. Cukup sekadar mereka menjadi anak yang soleh dan mendoakan kita di alam kubur nanti. Amin.
Hi Hajah Nafisah, good looking young man there. Nice pics too.
ReplyDeleteHere's wishing all the very best in his studies and may the winds of destiny carry him aloft to dance with the stars.
You have a great weekend.
Lee.
Lee,
ReplyDeleteTQ. Insyaallah... he is the second doctor in the family. wish him all the best in the studies for 5 more years.
You also hav a great weekend.