Followers

Monday, March 10, 2014

Belgium - Bahagian 7

 Selepas sarapan pagi di hotel di Amsterdam, Kami mula mengangkat bagasi masing-masing ke dalam bas.

 Kami bertolak ke Brussel, Belgium dan melawat beberapa tempat di sini. Ini ialah Atomium yang terkenal itu. Tingginya 102 m. Banyak restoran terdapat di atas sana.

Berhampiran dengan Atomium.........

 Di Grand Palace sebuah bangunan yang bersejarah dan merupakan "central Square of Brussels"....bangunannya sungguh cantik.

 Di satu sudut yang lain...

 Berhenti sebentar untuk bershopping di sekitar Brussels...kami makan tengahari di sini . Waffel sangat terkenal di sini. Sungguh sedap dengan pelbagai perasa dan topping boleh di minta.



 Ini ialah monument yang terkenal di Brussels iaitu Mannekin Pis. Patung seorang budak sedang  membuang air kecil ke dalam sebuah basin...Hee...


 Sungguh banyak kedai kedai yang terdapat di sepanjang  kawasan ini yang menjual beraneka barang .

 Sebelum menaiki bas sempat lagi berposing....

 Selesai bershopping di Brussels, Belgium kami terus menuju keBruxelles Midi Station untuk menaiki Eurostar ke London. Masing masing mengangkat bagasi ke Eurostar.

 Inilah perjalanan kami ke London dengan Eurostar. Kami akan melalui terowong bawah laut di antara Calais ke Ashford.

 Sebelum menaiki Eurostar, membeli tiket dan melalui Imigresen .... Kami solat zohor dan Azar di antara tempat duduk ini. Alhamdulillah. Mat Salih sedang memerhati kami....

 Di dalam Eurostar...bagasi - bagasi di letakkan di depan dan belakang coach yang kami duduk. Pelancong dari Malaysia sahaja yang membawa bagasi besar menaiki Eurostar. Hee..

 Akhirnya sampai ke hotel yang kami akan duduk selama 3 hari di sini.... Sampai dah lewat malam jadi perut pun dah lapar.

Akhirnya amik keputusan malas turun dan masak nasi goreng dalam rice cooker sahaja...Bestnya dapat makan nasi di London. Esok kami akan meredah kota London. Jumpa lagi.
Tapi hari ini dalam sejarah yang tidak akan kami lupakan. Kami bersarapan di Belanda. Makan tengahari di Belgium. Makan malam di London. Satu hari di 3 negara. Fuyoo......hebat luar biasa. Siapa boleh lakukan??????????

2 comments:

  1. CT sempat singgah sehari jugak ke Brussels.. pening nak decide nak pe Brussels ke or ke Bruges tapi Bruges jauh sangat hihi. Grand palace saaaangat cantik kan? memang wow.. eeh ehh.. CT ada gambar kat patung berkuda angkat tangan tu hehehehe..

    seeeronoknyaa europe tour :D baru balik ye Hajah trip baru ni entry tahun ni.. nanti jalan -jalan lagi ingat CT ya.. CT nak kena cari keja tetap dulu hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak update blog. Tq ct. Musim covic duk diam2 je

      Delete