Followers

Monday, February 17, 2014

Mount titlis, Switzerland - Bahagian 3

 Pagi bertolak dari hotel di Luzern, Switzerland.

 Dalam perjalanan, kiri kanan jalan kelihatan tompokan salji di mana mana.

 Di dalam bas ada heater di tepi kaki kiri kanan bas .

 Sampai sahaja di Gunung Titlis, kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar.

 Sungguh indah, salji yang memutih di mana mana.

 Kemudian kami mula mendaki Gunung Titlis dengan tiga peringkat kereta kabel. Ini adalah pintu masuk.

 Tiket ini perlu di masukkan ke dalam mesin tadi.

 Di dalam kabel yang pertama muat 5 atau 6 orang. Gayat juga kerana kabel ini berhayun kuat juga kerana kecil...Bersama salah seorang pelajar ski yang akan bermain ski di puncak yang kedua.

 Kemudian naik pulak kabel berbentuk  empat segi ke puncak yang kedua. Selepas itu baru naik kabel berpusing 360 darjah. Yang istimewanya ada tulisan BM di dinding kabel ini...

 Sampai di puncak, kami pun pakai apa yang perlu sehingga menutup hampir semua kerana semasa kami keluar terdapat ribut dan kabus salji yang agak tebal...

 Sempat berposing di tanda nama Gunung Titlis ini. huhuhu....tapi tak nampak muka uu.....

 Tiga beradik bermain dengan salji dan gambar di ambil oleh jurukamera yang kami upah. Hee...

 Hampir lima minit kami masuk semula dan terus ke heater di dalam. Mmg sungguh sejuk sangat. Bayangkanlah -20 Celcius darjah tu. Setelah hampir 2 jam di atas sana, kami pun menuruni melalui 3 kabel tadi juga. Semasa turun barulah nampak pemandangan dan boleh mengambil gambar..

 Inilah kumpulan kami yang mencipta sejarah berada selama 2 jam di puncak Gunung Titlis.

 Kemudian kami berangkat balik ke bandar Luzern, dan kami dibawa melihat kesan-kesan sejarah di bandar Luzern. Salah satunya sejarah seekor singa yang di ukir di batu ini. The Lion Monument ini dihasilkan oleh Bertel Thorraldsen 1819 bagi memperingati kematian askar Switzerland semasa King Louis XVI.

 Dan juga Chapel Bridge yang musnah akibat kebakaran dan dibina semula. Di sini tergantung lukisan-lukisan lama yang bersejarah.

 Di sekitar bandar ini terdapat banyak "fountain-fountain" yang cantik. Ini salah satunya.

 Ini adalah lukisan di sebuah bangunan kedai di sini. Mereka amat gemar melukis di bangunan-bangunan kerana mereka sangat berminat dengan seni...

Bershopping di sini dengan menggunakan matawang swiss. Sempat bersembahyang di sebuah musalla yang kebanyakan nya terdiri dari org negro dan org pakistan di hujung bandar Luzern. Kami balik ke hotel semula hampir isyak waktu di Luzern. Esok kami akan berangkat ke Paris. Tunggu...