Followers

Tuesday, July 19, 2011

Teringat kenangan semasa di dalam satu penerbangan.....

Biasalah.....ditempat untuk melepaskan bagasi2 . Semasa pergi , tak perlu risau sangat.....cuma yang menjadi masalah ialah semasa penerbangan balik. Apa lagi bagasi2 akan beranak lah.....

Takut betul timbangan berlebihan. Duit tukaran asing mesti disimpan sedikit untuk keperluan inilah... Ha ha ha... itulah yang selalu berlaku semasa balik dari setiap ' oversea trip'.

Semasa dalam penerbangan, saya selalu berharap dapat duduk di tepi tingkap. Teringat semasa ke LA, America tidak lama dulu. Bayangkan penerbangan selama lbh dari 12 jam tanpa henti di udara.

Malam bertemu malam. Cuma seketika saja nampak awan. Selainnya di dalam awan tebal....Semasa di dalam penerbangan, mulut tidak berhenti berzikir. Maklumlah macam2 blh berlaku. Tapi yang sedihnya di dalam MAS, arak dihidangkan kepada penumpang. Penumpang islam yang berkeinginan boleh saja meminta minuman tersebut.

Semasa penerbangan juga, kita perlulah peka pada waktu solat kerana tiada siapa akan mengingatkan kita. Allah telah memberikan banyak kemudahan dari segi mengambil wudhuk dan menghimpunkan solat. Jadi terserahlah kepada kita untuk melaksanakannya. Ingat kematian akan datang pada bila2 masa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kita tidak boleh sekali2 mengkadhakan solat itu semata2 kerana penerbangan ......Apabila tayar sudah mencecah bumi, barulah boleh menarik nafas lega dan alhamdulillah........