Followers

Monday, October 26, 2020

Puasa dan Hari Raya Musim Covic


Tahun 2020 menjadi sejarah bagi kita semua. Tahun beraya tanpa anak2 balik kampung kerana PKP. Jadi berpuasa dan berayalah dengan siapa yang ada saja di rumah.  Anak2 beraya di tempat masing2. Jadilah pagi raya bersama telekung2 dan baju solat dan khutbah raya di rumah saja. 

Abaikan bagasi di sebelah tepi tu.  Sepatutnya pergi Umrah selama 20 hari pada 4.3.2020 tapi apa kan daya Covic melanda. Lagi seminggu penerbangan ke Mekah, Arab Saudi tidak membenarkan jemaah umrah masuk ke Tanah Haram . Semuga ada rezeki kami ke sana lagi pada tahun 2021 ini.



Selepas mendengar Khutbah Raya oleh Abahnya, bermaaf2 an  sesama ahli yang ada. Ustaz Farhan dan Ustaz Fahmi memang stay di rumah  saja. Nak berceramah dan mengajar agama tidak dibenarkan lagi. Ijah belajar online saja kerna Kolej di arahkan tutup.



Tiada aktiviti kunjung mengunjung .  Pagi raya memang masak sedikit ketupat dan nasi impit. Berilah kepada jiran2 yang terdekat untuk menghidupkan suasana hari raya. Ustaz Farhan di minta untuk membaca Yassin di rumah saudara setaman  di sini.



 

Pak Ngah dan Mak Ngah di Jengka 8

 

Semasa Covic sebelum Gelombang Ketiga, Berkesempatan melawat Mak Ngah dan Pak Ngah berselang seli masuk wad di Hospital Jengka.


Mereka berdua memang ada penyakit kencing manis . Di tambah pula Pak Ngah selalu lelah.


Apabila mereka berdua dibenarkan pulang ke rumah, kami bertiga beradik perempuan melawat mereka di Jengka 8. Semuga mereka berdua peroleh kesembuhan dan di Lindunggi Allah setiap masa. Kita semua akan menemui Yang Maha Esa cuma masing2 tidak tahu siapa yang pergi dulu. 


Corona Virus Covid 19

 

Bulan Mac, 2020 bermulalah episod Covic menyerang negara kita. Asalnya dari Negara China.

Pada peringkat pertama PKP ini, kesemua rakyat berkurung di dalam rumah.  Satu ahli dalam keluarga boleh keluar membeli barang-barang keperluan. Kemudian dilonggarkan menjadi dua orang dan akhirnya satu kereta sebelum Gelombang Ketiga menyerang semula negara bulan Oktober.

Gelombang pertama Kluster Sri Petaling memjadi punca ramai yang dijangkiti. Gelombang Ketiga ini pula Kluster Sabah menjadi punca jumlah naik meroket.


Peniaga2 kecil tidak boleh berniaga. Kedai2 byk tutup. Kebanyakan rakyat menggunakan sistem COD pada masa PKP ini.

Farah dan Suami terpaksa bekerja juga dalam waktu PKPB . Urusan anak terpaksa di serahkan kepada pengasuh. Yuran adalah dikira kiraan sehari. Pada masa yang samayuran Tadika mmg kena byr walaupun tidak beroperasi dan tutup. So byran musim PKPB ini DOUBLE untuk anaknya. Bayangkan susahnya kehidupan orang lain . Kita susah sebenarnya ada lagi yang lagi susah. 


Anak2 yang bekerja di Hosp Kajang dan Hoshas pun terlibat.  Bayangkan mereka terpaksa memakai pakaian khas yang byk lapis apabila berdepan dengan pesakit Covic.

Dr Dila dan Dr Faiz pernah beberapa kena Swap dan Qurantine kerana menjadi Close Contact dengan Pesakit Positif Covic. Semuga mereka berdua di Lindunggi Allah sepanjang menjalankan tugas sebagai Frontliner Malaysia. Semuga Covic segera diangkat oleh Allah dari bumi ini. Amin.