Followers

Sunday, May 8, 2011

Kenduri Nasi Arab Kambing Bahagian 2

Sebelah petang, masing-masing mula berangkat pulang. Mula-mula keluarga adik Nazri ke Kelantan. Kemudian abang Nasir ke Kuantan. Dan akhir sekali Kak Mah ke Kelang bersama adik Norma ke Ulu Kelang.

Orang lain sibuk di dapur dan berborak di halaman rumah, farhan dan fuad boleh duduk dalam bilik bermain chess....

Inilah kelima-lima ibu kepada kelima-lima adik beradik itu. Wah! posing maut nampak!!!!

Sungguh ceria di sessi bergambar ini....sambil usik mengusik dan cuit mencuit di antara mereka.

Sebahgian dari anak-anak saudara ku bergambar bersama Ijah dan Farah. Yang lelaki sibuk dengan chess!!

Ini adalah menantu Abang Nasir yang sudi juga berkunjung dan berkumpul bersama-sama.

Aiiii.... entah apa yang dibualkan oleh kaum lelaki ni. Macam-macam gaya yang tersendiri...

Kenapa dengan Fahmi ni.???... apa yang cuba disampaikan tu....tak fahamlah......

Pak Su Razak dengan gaya, kita bakoo, kita bakoo......hai terpengaruh juga yeak????


Inilah 3 wanita di dalam keluarga ini. Yang menariknya, yang bongsu lagi tinggi dari kakak-kakaknya. Terima saja lah.....

Inilah di antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan sempena Hari Keluarga tersebut. Semuga berjumpa lagi di lain masa.