Followers

Thursday, July 14, 2011

Berita gembira hari ini.....


Alhamdulillah, Faiz berjaya dalam keputusan UPU pagi ini. Dia ditawarkan Ijazah Doktor Perubatan Dan Pembedahan di UITM. Dia mengikut jejak kakaknya yang masih belajar di tahun Kedua di Universiti Al azhar, Mesir. Dia baru tamat ASASI SAINS di UITM Puncak Alam.
Bila ditanya kepadanya, dia menjawab , "Masa sekolah kebangsaan dulu apabila cikgu tanya fasal cita-cita, Ais jawab nak jadi Posman. Kemudian masa sekolah menengah bertukar menjadi saintis". Semuga menjadi seorang doktor yang beriman dan bertaqwa. Itulah anak keempat kami.
Bapanya dari tadi tersenyum2. Kebetulan hari ini dia mengambil cuti rehat. Kami bersyukur kepada Allah atas nikmatNya.....

Berita hot hari ini....


BERSIH masih hebat diperbincangkan. Satu berita yang tergembar berlaku di Temerloh kelmarin.........
Orang Temerloh kena tangkap kerana memakai baju BERSIH di dalam bandar..... Adui.... sian kat kawan ni. Apa nak jadi dengan negara kita sekarang ni.....

Kes org Temerloh yang memegang bendera dikatakan pisau tak selesaikan lagi. Ni ada kes baru pulak. Hebat betul orang Temerloh....

Alhamdulillah pemuda ini dibebaskan dengan jaminan peguam dari Temerloh juga.