Followers

Tuesday, May 2, 2017

Convo Dr. Muhammad Faiz

 Baru2 ni 16.4.17 telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen bagi Dr Muhammad Faiz.

 Ibu tidak berapa sihat lagi untuk menghadiri majlis tersebut. huhuhu....

 Faiz berselfie bersama rakannye selepas tamat majlis.

 Jauhnya Faiz berdiri.......

Hahaha....entah kat mana ibu dapat gambar bersama whatsup ni...tapi
takpe lah...

Semuga menjadi anak yang soleh dan dokter yang sentiasa berkhidmat
dengan cemerlang, berbakti kepada masyarakat dan bangsa.

Majlis Ehsan di Kelang.

 Baru keluar dan sembuh dari demam berpanjangan, turut juga ke
 majlis perkawinan anak saudara di Bandar Puteri, Kelang

 Adik, Nazri juga datang dari Kelantan.

 Sepupu2 dan Paakcik Mat dan Makcik As turut berselfie.

 Majlis juga dimeriahkan ole kedatangan anak2 Polis Temerloh.

Bergambar 5 adik beradik. Entah bila boleh berjumpa lagi.

Majlis Khatam Al Qur'an.

 Sempena Muhammad Farhan tamat 30 juzuk, satu majlis khatam Al Qur'an
 telah diadakan di Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur.

 Kesemua 28 orang pelajar tahun akhir bergambar beramai ramai.

 Majlis di serikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah.

 Muhammad Farhan menerima sijil khatam Al Qur'an dari Tengku Abdullah.

Tahniah. Semuga Farhan dapat mengamalkan ayat2 Al Qur'an di kehidupan seharian.

Penceramah Muhammad Fahmi bin Arshad.

 Fahmi sudah banyak menerima jemputan sebagai penceramah  samada                                                 kepada pelajar juga orang dewasa. Selain dari berceramah . . dia juga pintar berdebat.                           Baru2 ini dia menjadi wakil pelajar Darul Qur'an di UM.

Ini di antara majlis di mana Muhammad Fahmi menjadi penceramah utamanya,                             yang di sertai ramai pelajar2.
Semuga Fahmi dapat menjadi penceramah yang terkenal suatu hari lagi.
Amin.