Followers

Sunday, November 11, 2012

Alpensia Resort di Pyeongchang....Korea....bahagian pertama

 Selepas pergi ke Nami Island, kami meneruskan perjalanan ke Pyeongchang. Dalam perjalanan singgah di Gangneung East Coast Beach.

 Bentuk yang pelik sikit.........

 Di ceritakan di papan itu bahawa kawasan yang di tenggelami semasa Tsunami berlaku.

 Letih berjalan di Nami Island dan East Coast Beach, sampailah kami di Alpensia Resort hampir senja. Inilah gambar yang dapat dirakam sebelum malam dari jendela bilik. Sungguh sejuk dan tenang sekali.

 Setelah check in, keluar untuk makan malam di sebuah restoran makanan jepun di situ.

 Sambil menunggu yang lain, sempat ambil beberapa gambar di ruang lobi. Memang cantik!!!!.

 Wah! ikan besar dibelah dan dibakar. Kentang goreng, udang goreng dan sotong besar goreng krispi. Nasib baik ada bawa bekal sos cili. Yummy....sedapnya.

 Sampai tak tengok orang lain dah. Jemput makan semua.....Ada lubang untuk letak kaki.

 Inilah makanan-makanan yang kami makan malam itu. Yang hijau hitam itu ialah seaweeds goreng. Seperti biasa ada kimchi lobak.

 Ini makanan-makanan laut dan sayur-sayuran yang sungguh enak. Ianya seperti sup.

 Selesai makan main buka tutup pintu di ruang makan tersebut. Ha ha ha....lawaknya....

 Lukisan di restoran ini memang cantik dan ceria.

Di luar restoran tadi, berjalan kaki balik ke bilik. Sempat "skype" dengan famili di Malaysia kerana di ruang inilah ada wifi percuma. Cuasa sangat sejuk, terpaksa balik segera ke bilik.

Tunggu gambar2 seterusnya di suasana pagi di Alpensia dan Odaesan National Park di hari terakhir di Korea.