Followers

Sunday, November 1, 2020

COVIC pada 1.11.2020

 

Selamat Hari Kelahiran buat Farhan pada hari ini. Semuga menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa.


Virus Corona masih lagi mengganas . Semuga kita semua dipelihara dari penyakit yang berbahaya ini.


Pada hari ini 1.11.2020, Jumlah Positif di seluruh Malaysia seperti ditunjukkan di peta.


Cucu2 menjalankan aktiviti2 masing2. Si Aryan memang suka bermain di atas meja dengan lori2 permainannya. Adoi...


Adam dengan set sparepartnya. Habis dibongkar segala benda di dalam rumah. Konon2 nak jadi Mekanik lah tu.


Seperti biasa Medina suka bermain make-up2. Dengan meja cermin dan alatan2. Tapi cita2 nak jadi dokter macam ibu, katanya....


Kebetulan keadaan di Pahang masih terkawal, Wafi dan Wardina ke Rabbit Land di Jengka dengan menjaga SOP yang ditetapkan.


Wafi berpeluang menunggang kuda. Wow.... bestnya.... Kenapa muka ketatnya Wafi ooooiiii.


Seperti biasa neneknya suka berkebun di depan rumah. Musim hujan boleh kutip banyak hasil.


Cuma perlu mengolah dan mempelbagaikan masakan menggunakan hasil kebun miniku. Maka terjadilah Serunding Pucuk Ubi Kayu yang sangat sedap.


Kacang botol ditambah dengan sotong dan santan. Hmmmm memang menyelerakan.

Hari kelahiran 2 puteriku.

 

Farah meraikan hari kelahiran di KL kerana  suasana PKPB pada 17.10.2020. Semuga Allah memberkati hidup Farah bersama keluarga. Sentiasa di murahkan rezeki dan dipermudahkan kehidupan di kota raya yang besar itu.

Hari kelahiran Dila pada penghujung bulan September. Masa itu boleh lagi balik ke Temerloh. Semuga selalu dilindunggi Allah dari segala yang buruk. Semuga menjadi seorang muslimah yang baik dan penyanyang.