Followers

Thursday, December 10, 2009

BAB 17- MELANCUNG KE MESIR - BAHAGIAN 1

Berjumpa kembali. Baru2 ini saya ke Mesir, bumi Anbia' yg sgt saya ingin pergi selepas melihat Kaabah. Saya sungguh bertuah dpt dtg ke sini. Mcm tak percaya. Pertama kali saya menjejak kaki di Lapangatn Terbang Cairo, saya berdoa untuk keselamatan suami dan anak2, permudahkan pembelajaran anak di Universiti Al Azhar dan permudahkan perjalanan saya pergi dan balik.. kerana doa akan dimakbulkan di bumi Anbia' ini...Itu saja yg terlintas di hati saya ketika itu.

Selepas selesai proses mengambil semua bagasi, saya lah yg paling sibuk. Maklumlah belum shopping apa2 lg dah bw extra beg dan kotak besar. Dlm kotak penuh dgn brg keperluan anak spt asam jawa, keropok kering, kicap, sos cili, milo dsbnya. Kami di bw ke Layaly Novotel Restaurant berhampiran dgn airport utk sarapan pagi.
.
Sebelum makan tengahari di Hard Rock Cairo, saya melawat Muzium Cairo. Sayang kamera kena tinggal dlm bas, tak blh bw. Di sini, saya dpt melihat mummy2 dan peralatan yg digunakan zaman Firaun . Seram jg masuk ke tempat ini. Maklumlah tempat mayat2 dikeringkan, dibuang organ dalaman, kain2 balutan mummy semua yg asli. Mcm2 ayat yg terlintas dlm kepala semua di baca...
.
Ini adalah pandangan pertama saya dlm perjalanan ke Hotel Le Meridien Pyramid. Dpt lihat 3 piramid yg terkenal itu. Sampai saja di hotel, anak sudah menunggu di lobby hotel bersama 2 rakannya krn esok Jumaat adalah cuti kuliahnya di Universiti Azhar, Cairo.
.
Ini gambar dlm bilik sebelum pergi menaiki' cruise' sambil makan malam sepanjang Sg Nil. Anak terpaksa ditinggalkan di bilik bersama 2 rakannya. Tp dibekalkan dgn berbagai makanan yg dibw dr Msia spt buah dokong, mata kucing dan maggi kegemaran anak.
Malam itu kami berbual panjang dan tidur sekatil...
.
Inilah gambar di atas kapal sambil menikmati makan malam beserta dgn persembahan tarian arab dan nyanyian.
.
Pukul 6.30 pg sebelum bertolak ke Iskandariah. Bersama anak bergambar di luar hotel sebelum menaiki bas.
.
Sungguh sejuk ketika itu. Anak seperti tidak mau melepaskan saya pergi. Berkepit sehingga ke bas. Kami berpeluk2an. Anak saya menangis teresak2. Semua rakan2 saya di dlm bas pun turut menangis menyaksikan drama 5 minit itu. Saya cuba tidak menangis di depan anak, tapi dlm hati tuhan sj yg tau...

Dlm perjalanan ke Iskandariah, barulah air mata saya mengalir tak henti2...Aduh!! sedihnya perpisahan sementara ini...
.
Anak sempat berbual dgn pembantu pelancong Arab yg beragama kristian ini dlm bahasa Arab. Yg belakang tu sampai pasang telinga nak mendengar jg. Alhamdulillah anak sudah blh bertutur dlm bahasa Arab. Syukur... dia cepat belajar. Macam2 yg ditanya oleh pemandu pelancong itu. Saya gembira melihat situasi itu...

Bahasa Arab sungguh indah didengar krn ia adalah bahasa Al Qur'an. Saya terpegun seketika. Maklumlah mana ada peluang belajar bahasa Arab dulu... Sekolah masih dalam aliran Inggeris, mana ada bahasa Arab. Nasib baik emak mengajar Al Qur'an dptlah belajar sikit2 bahasa yg indah ini...
.
Inilah gambar rakan2 anak yg tinggal serumah dgn anak. Saya meminta kunci 'spare' utk anak krn mrk akan menunggu seorg Ustaz dtg mengambil mrk pukul 9.30 pg. Jadi mrk mkn dan tinggal di bilik ...Selamat tinggal anakku semuga berjumpa lg....
Jumpa di bahagian kedua, perjalanan saya ke Iskandariah.... tunggu... pasti lebih menarik nanti.

21 comments:

  1. ahlan wahsalan.. betul ke hehe.. sronok nye

    ReplyDelete
  2. maiyah

    seronok sgt2. yg penting dpt jumpa anak. byk tempat sejarahislam kita ada di sana. dpt melawat makam cucu rasulullah, hussein, tempat nabi musa dan nabi isa dan keluarga bersembunya... tq sudi jenguk2 kat sini. saya menghargai sgt2. jumpa lg...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.... suka baca kisah kak hajah di sini. Anak2 dah besar rupanya.. mudah-mudahan terus berjaya hendaknya.

    ReplyDelete
  4. kayteeze,
    Amin, amin, amin... tq singgah kat blog akak. Anak2 dah besar tp semua msh belajar. Masih dlm tanggungan lg...

    ReplyDelete
  5. thanks kak sudi follow blog saya yg entah apa2 tu
    wow
    gi mesir
    bestnya
    makanan sana sedap x kak?

    ReplyDelete
  6. hans,
    rotinya cicah dgn pelbagai krim. ada yg pedas dan manis. rotinya lembut dan sedap... ada nasi tp akak tak suka krn makan dgn lauk dan salad je.. takde kuah mcm kita... tu yg kena bw brg2 masakan tuk anak yg belajar kat sana. Dia pun tak blh serasi dgn makanan kat sana. Ia perlukan masa jg utk serasi. tq singgah. Dtg lah lg...

    ReplyDelete
  7. Hello Che Hajah Nafisah, salam. Bahasa saya sebelum Merdeka, ha ha, so minta ma'af kalu ada salah sini sana.
    Saya suka tengok Che Hajah punya gambars disini.
    You pergi Cairo, Egypt, ya? Saya tu Negeri ta'pernah pergi, maybe satu hari....

    Makanan meja besar tu sedap saya tengok, ha ha.
    You have a pleasant weekend Che Hajah Nafisa, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  8. Uncle Lee,
    tq sudi dtg ke sini. Bersyukur kerana dpt melancung ke luar negara setahun 2 kali kerana jual TUPPERWARE. Memang masakan di sana sgt sedap terutama rotinya. Sebelum Cairo, saya pergi ke LA, China, New Zealand, Australia, Moscow, Itali dan byk lg.

    ReplyDelete
  9. salam....

    pasti pengembaraan ini sangat menggembirakan kan, puan? sykur dikurniakan kesempatan dan keizinan oleh Allah swt.

    tq atas ucapan hari lahir saya..

    ReplyDelete
  10. anak laut,

    tq singgah. Di rumah, saya seorg yg mmg sgt sibuk dgn urusan anak2, perniagaan Tupperware dan mengajar. Tak ada masa lapang langsung utk diri sendiri. Saya mengambil peluang melancung ini untuk "relax"kan diri. Saya mmg sgt bersyukur kerana Allah kurniakan rezeki dan kebolehan kpd saya . Bukan semua dpt peluang spt ini...Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. salam kak hajjah...TQVM 4 being my follower..
    Kak hajjah asal dr mana kt klate tu???

    Wah, bestnya slalu g melancong....

    Adik sy ada blajar kt universti Zigaziq mesir dlm bidang prubatan..skrg 2nd year...

    ReplyDelete
  12. salam...terima kasih singgah blog saya dan beri komen...moga ukhwah terus terjalin...

    ReplyDelete
  13. nza,
    Kg Sokor, Kok Lanas sblah mak dan Kg Bukit Merbau sblah ayah. Anak akak pun amik medic jg tp br tahun pertama di Kaherah. Kebetulan melancung ke Mesir, amik peluang jumpa dia kat sana.
    Memang sgt seronok dpt mengenali negara dan budaya org.
    Semuga kita menjadi sahabat di alam maya ini.

    ReplyDelete
  14. naz ilyn,
    insyaallah semuga terus terjalin. rajin2lah singgah sini.

    ReplyDelete
  15. Kito orang mache..hehehehe... bestnye melancong.. thanks sebab singgah blog kite..

    ReplyDelete
  16. izzuddin,
    demo onge mache, kito onge sokor... lama dah tak cakap kelantan , terasa kekok pl. Maklumlah kami dah menetap di Pahang lbh dr 35 tahun...
    Mmg setiap tahun dpt pergi melancung hasil dr TUPPERWARE. Seronok sgt. Dpt duit dpt melancung.Alhamdulillah...rezeki Allah kurniakan...

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum k. hajjah

    seronoknya dapat melancong ke Mesir

    ReplyDelete
  18. a kl citizen,

    Mmg mmg sgt seronok dpt peluang ini. Sampai hari ini blh dpt rasakan spt msh berada di Mesir. Semasa nak update blog bahagian kedua ini pun terasa byk "story" yg ingin dikongsikan. TQ singgah. Jgn lupa ikuti seterusnya.

    ReplyDelete
  19. Salam kak...

    Terima kasih kerana selalu singgah blog saya

    Seronok baca cerita akak ni

    ReplyDelete
  20. Abd Razak,
    Seronok bertukar2 cerita, baru kita jd seorg yg berpengetahuan dan berpengalaman. Pengalaman dpt dr pengalaman sendiri dan pembacaan. Betul tak??? Singgah lg..

    ReplyDelete
  21. Salam

    Terimakasih

    salam ziarah salam brbahagia ....

    ReplyDelete