Pada 16.11.14 baru ni, kami bertolak ke Hotel Majestic KL untuk Hari Anugerah Takaful Ikhlas.
Acara dimulakan dengan ceramah dari dua tokoh terkemuka iaitu Ustaz Don dan Ustaz Zulkifli yang membincangkan tentang Riba.
Selesai ceramah, kami berhenti rehat sebentar untuk solat Maghrib. Ustaz Don meninggalkan majlis.
Kami bersama Upline yang sentiasa memberi tunjuk ajar sehingga kami berjaya menjadi Pengurus.
Bergambar sebelum majlis bermula ..
Abang menyanyikan bersama lagu tema Takaful Ikhlas beramai ramai.
Di antara nombor nombor yang menang cabutan bertuah.
Di antara makanan yang dihidangkan. Dua ekor udang besar bersalut serbuk roti.
Selesai majlis hampir pukul 11.30 malam. Kami terus balik ke Temerloh. Kereta kami parking berdekatan dengan Muzium Negara.