Bulan September , dapat berpeluang menginap di Embun Luxury Villa di Janda Baik.
Tempatnya di puncak bukit yang sangat curam. Semasa sampai saja, memang sungguh menyeramkan .iaitu adakah kereta Estima boleh naik ke atas. Hahaha.... Sampai saja di tempat parking , kami check in. Kami dibawa dengan kereta lain ke atas.
Kami di hidangkan dengan air herba istimewa iaitu campuran halia, serai , limau dan daun pudina. Sedap juga.
Farhan bangun awal kerana dia akan pulang dulu demi tugas.
Kami bersarapan di cafe yang disediakan. Makan sarapan ala2 Western gitu.
Sekali sekala berkumpul bersarapan macam ini memeang menyeronokkan.
Berjalan2 di sekitar cafenya bersama cucu-cucu.
Bersantai di tepi kolam sambil menikmati pemandangan pokok2 buah2an seperti durian. Jika musim durian berbuah mesti dapat makan.
Wafi dan Medina kesejukan setelah berendam di dalam kolam tapi tidak mau mengalah lagi.
Farhan sebelum balik ke Temerloh kerana bertugas petang itu. perlu sampai ke rumah sebelum pukul dua.
Ini gambar waktu malam , mereka bermandi manda juga di bawah sinaran sang bulan.
Aktiviti diteruskan dengan bermandi dan berendam di dalam kolam.
Tiga cucu turut serta iaitu Wardina, Wafi dan Medina.
Setelah kesejukan naik sebentar. Seperti biasa neneknya memang takut dengan air. So duduk di tepi saja.
Kami masak sendiri untuk dinner dan lunch. Dapurnya canggih dan cantik. Semua lengkap.
Bawa bahan2 je dari rumah. Kena masak lebih kerana kalau berkumpul memang makan apa2 saja berselera.
Sebelum pulang, bergambar beramai-ramai di ruang rumah utama. iaitu Rumah besar.
Ini di tepi kolam. Di sebelah kiri sebuah rumah kecil, bilik Dila sekeluarga dan sebelah kanan sebuah bilik lagi bilik Firdaus sekeluarga.
Sungguh seronok kalau sermua dapat berkumpul. Keluarga Faiz dan Farah tiada bersama.