Followers

Monday, April 8, 2013

Perjalanan ke Mekah Al Mukarramah.....

 Kami bertolak dari Madinah ke Mekah selepas Asar. Dalam perjalanan selama lebih kurang 8 jam itu, singgah sembahyang jama' Maghrib dan Isyak di sebuah perhentian seperti RnR. Makan ala-ala Arab gitu di atas permaidani dan dibekalkan makan malam.

 Kemudian meneruskan perjalan menuju ke Mekah. Kami berhenti di Masjid Bir-Ali untuk mengerjakan solat sunat ihram dan bermiqat umrah yang pertama.

 Sampai di Mekah, terus dibawa ke hotel untuk bersiap dan menyimpan beg-beg ke bilik masing-masing.
Kami berkumpul semula di lobby untuk dibawa oleh Muttawif ke Baitullah untuk menyempurnakan ibadah umrah yang pertama tadi.

 Muttawif memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa'ie dan Tahallul.
Semasa Tawaf kami berpecah. Saya bersama anak2 perempuan manakala suami membawa anak2 lelaki. Alhamdulillah , selesai tawaf terus menuju ke Sa'ie.

Sebahgian tempat masih dalam pembinaan. Tingkat atas sudah tinggal separuh. Perempuan tidak boleh naik ke tingkat atas sekali. Sudah tiada tempat untuk Tawaf di atas. Dulu 7 tahun lepas, kami pernah menunaikan Tawaf di tingkat atas ini bersama orang2 yang berkerusi roda. Memang jaraknya 7 kali berbanding Tawaf di bawah.

Selesai Sa'ie, kami terus Bertahallul. Maka selesailah Umrah yang pertama kami. Semasa pusingan akhir Sa'ie, suara Azan Subuh sudah berkumandang .  Saya dan Ijah berhenti minum air zam-zam dan mengambil wuduk untuk solat Subuh di situ.

Alhamdulillah...sambil mencari tempat di kawasan Sa'ie, kami duduk bersama jemaah2 wanita lain di satu tempat dan menunaikan solat Subuh di situ. Selesai sahaja, kami berkumpul semula di tempat pertemuan awal tadi dan berjalan kaki balik ke hotel....

Itulah hari pertama kami di Mekah.  Berjumpa semula..