Followers

Saturday, December 26, 2009

BAB 20 - MELANCUNG KE MESIR BAHAGIAN AKHIR

Bertemu kembali di bahagian akhir pengembaraan saya di Mesir. Selesai sarapan pagi di hotel, terus bertolak ke tempat yg paling terkenal untuk shopping iaitu Bazar Khan Khalili berdekatan dengan Masjid Al Hussein. Di sinilah byk terdpt byk jubah lelaki dan perempuan .
Brg2 di sini perlu ditawar dgn baik jika hendak mendpt harga yg berpatutan. Kebanyakan mrk pandai bercakap melayu kerana mrk sdh biasa dgn kedatangan peajar2 Universiti Azhar yg membeli belah di sini.
Setelah letih membeli belah, kami dijamu makan tengahari di Restoran Taj Sultan berhampiran dgn bazar. Nasi Briani yg dihidangkan sungguh lazat. Setelah perut diisi, berjalan kaki melalui terowong menuju ke Masjid Azhar utk solat. Terasa sungguh terharu krn dpt menunaikan solat di sebuah masjid tertua di Mesir, Keihatan ramai pelajar Universiti Azhar beriqtikaf d dlm masjid ini. Sejuk hati melihat mrk.
Sebelah malam pula, diadakan Majlis "Gala Dinner " ala org Badwi di khemah yg didirikan khas utk kami bersebelahan dgn piramid... dipadang pasir.... Dpt peluang naik unta u....
Inilah pakaian yg kami pakai di malam itu. Ala2 org Badwi di padang pasir. ..Makanan yg dihidang sungguh beraneka. Tak tau apa yg nak dimakan. Sambil makan, kami dpt melihat acara cahaya lazer yg dipancarkan di 3 piramid yg terkenal itu. Sungguh menarik piramid dgn berbagai2 warna cahaya.
Dah kenyang perut... hanya lepak di tempat duduk sambil berbual dan menikmati nyanyian dan tarian gelek org2 Badwi.
Keesokannya, selesai mengangkat bagasi ke dlm bas dan "check out", memulakan perjalanan ke "Citadel of Saladin" iaitu tembok , istana dan masjid Salahuddin yg terkenal .

Ini adalah ukiran di kubah yg paling besar di masjid Salahuddin ini. Apabila kita memandang ke atas , mesti terpegun dgn ukiran2 dan warna yg digunakan sgt cantik.
Selepas itu, dpt berpeluang pergi ke "Hanging Church" , dan di 2 lg gereja di mana di dlmnya terdpt tempat Nabi Musa berkhutbah dan Nabi Isa serta keluarga bersembunyi dr ancaman golongan yg hendak membunuhnya. Sebelum sampai ke tempat2 itu,kami terpaksa menempuh kawalan keselamatan yg ketat dan tempat2 org kristian beribadat. Kami tidak dibenarkan bercakap cuma melihat saja.
Selesai makan tengahari di Bazar Khan Khalili, terus menuju ke Masjid Al Hussein. Di sini dpt berpeluang menziarahi Makam Hussein iaitu cucu Rasulullah. Cuma kepalanya di makam di sini, yg lain di Karbalak.{Gambar atas} Dpt solat zohor dan azar di sini.
Petangnya menuju ke City Stars Mall sebuah pusat membeli belah moden di Mesir. Saya membuat temujanji kali terakhir dgn anak sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Selesai kuliah, anak dan 2 sahabatnya menaiki teksi dan berjumpa di sini.Inilah pandangan di dalam sini. Org lain bershopping sakan tapi saya hanya melepak sambil berbual dgn anak .
Makan malam di TGI Friday di situ. Sungguh gembira melihat anak dan sahabat2nya makan malam bersama. Pukul 10.30 malam bertolak ke Cairo Airport. Anak sudah berjanji dgn Ustaznya menjemput mrk pada pkl 8.30 malam. Kami berpeluk2pelukan lg tanpa menghiraukan org lain memerhatikan gelagat kami. Lg sekali airmata tak dpt ditahan jatuh ke bumi. Selamat tinggal anakku dan bumi Anbia'.....