Followers

Monday, June 6, 2011

Bersantai sepanjang Sg Mekong, Vietnam.

Bila ke Vietnam, memang menjadi tradisi dibawa menyusuri Sg Mekong dengan bot. Inilah bot yang akan membawa kami mengenali Sg Mekong.

Perjalanan menyusuri dengan bot ini memakan setengah jam. Berbagai2 jenis bot2 nelayan terdpt sepanjang perjalanan ini. Banyak jg tempat menternak ikan dan kapal2 pengumpul pasir yg akan di eksport terutama ke Singapura.

Bot ini berhenti di sebuah ladang buah2an seperti longan, jambu, buah naga, limau bali dll. Kami di sambut dengan persembahan tradisi org Vietnam bersama air teh madu limau...

Kemudian, dibawa menaiki kereta kuda. Setiap kereta blh membawa 4 org sahaja.

Wah.... best jg.Bergoyang goyang. Nak bangun pun takut . Kami dpt melihat keadaan sekitar kampong dan rumah yang mereka diami...

Lebih kurang 15 min perjalanan dengan kereta kuda, sampailah masa untuk menyusuri sungai yang lebih kecil dengan sampan kecil sahaja. Tgk tu...nak mencuba mendayung jg...

Sempat posing maut lagi Mak Long ni..... Wah Panas teriknya matahari..... Barulah tahu begitu susahnya mereka mencari rezeki....

Peace No War....... Kesiannya wanita yang mendayung sampan ini.... membawa 4 penumpang yang mcm ini....

Mencuba menggunakan dayung kayu ini. Lengoh juga tangan ini... baru dayung main-main je....

Sampai saja di sebuah restoran di sg mekong ini untuk makan tengahari... Tengok cara ikannya di hidangkan... Mmm... dah kenyang barulah bertolak pulang ke hotel...

Esok pergi shopping......Tunggu...