Followers

Tuesday, February 11, 2014

German - bahagian 2

 Dari Viernheim, bertolak awal pagi menuju ke Titisee.

 Berhenti sebentar untuk secawan kopi dan semestinya sejuk sejuk ini yang paling penting tandas.

 Sempat merasa 'snowing' awal pagi yang baru. Sempat tulis nama atas bangku...hee

 Meneruskan perjalanan Titisee yang merupakan sebuah tasik semulajadi dan melalui Black Forest. Kelihatan hutan 'black forest' diseliputi salji.

 Sampai saja, terus terkam salji..huhuhu...jakun sangat dapat salji baru. Kalau dulu ke Beijing salji dah beku dan dah lama.

 Ini lah pemandangan awal ke Tasik Titisee.

 Kawasan ini tarikan utamanya ialah 'Cuckoo Clocks' yang terkenal  itu.

 Tengok banyaknya cuckoo clocks ini. Berbagai bentuk tetapi yang pastinya ianya diperbuat daripada kayu yang terdapat di Black Forest sekitarnya.

 Selepas itu kami bersiar di sekitar tasiknya pula. Boleh main teropong melihat itik itik berenang di dalam tasik.

 Wah! cantiknya pemandangan tasik ini yang dikelilinggi Black Forest yang terkenal itu.

 Terserempak dengan pelancong dari Switzerland. Dapat bergambar bersama lagi..

 Berhampiran dengan sebahgian cafe yang terdapat di sini. Salji penuh di atas rumpun pokok renek itu.

 Terdapat juga kereta kuda untuk kemudahan pelancong bersiar siar  di tepi tasik.

 Setelah hampir waktu azar, kami bertolak ke Rheinfall of Scaffhausen. Kami mengerjakan solat zohor dan azar di dalam dan ada yang mengerjakannya di tepi bas. Mana nak cari surau di sini!!!!

 Terdengar bunyi deruan air yang sangat kuat. Tapi bunyi ini tak sekuat semasa musim bunga  kerana musim sejuk, kebanyakan airnya membeku dan menjadikannya tidak selaju musim musim lain.

 Selepas solat turun semula dan mengambil gambar bahagian atas sahaja. hee...

 Percubaan pertama tanpa baju sejuk...dapat bertahan 3 minit sahaja. Ha..padan muka, berlari lari naik semula ke dalam bas yang semestinya ada heater.

Hari ini memang meletihkan kerana banyak memerlukan tenaga. Maklumlah orang dah tua...Akhirnya bas membawa kami ke Luzern, Switzerland untuk bermalam tiga beradik sebilik.....Ikuti seterusnya pengembaraan kami ke Europe - Switzerland pula . Selamat malam semua...