Followers

Sunday, October 25, 2020

Ustaz Farhan dan Ustaz Fahmi 2019 dan 2020

Tahun 2019 dan 2020 , banyak aktiviti2 usrah dan taklimat serta bacaan yassin di sertai oleh mereka berdua.


Di samping kelas-kelas yang tetap waktu siang utk mereka berdua, banyak surau2 dan masjid2 menjemput untuk memberi ceramah dan tazkirah.


Ini di antara jemputan2 tetap untuk mereka.


Kadang2 Masjid Bunga Raya pun turut memberi peluang kepada mereka berdua,


Farhan pernah di jemput untuk menjadi imam sambilan di Masjid Bunga Raya ini, Dia pernah membaca khutbah di Masjid Bunga Raya.


Ini suasana di Surau Rumah Pangsa.


Ini di Masjid Bunga Raya.


Semuga mereka berdua lebih istiqamah dalam tugasan yang di berikan kepada mereka.
 

Anugerah Takaful Ikhlas - Ustaz Muhammad Fahmi.

 

Bulan Februari, Ustaz Muhammad Fahmi seorang Ejen Takaful Ikhlas menerima  banyak anugerah bagi dirinya bagi Tahun 2019dan 2020 di Kuantan. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Fahmi sendiri.


Ini di antara anugerah2 yang di terimanya. Maaf gambar ini je yang ada dalam  simpanan. Itulah kata2 dari Ustaz Fahmi.


Banyak kali Fahmi naik di atas pentas untuk menerima anugerah. Itulah hasil dari kerja kuatnya tanpa jemu.


Dia merupakan ajen yang memperolehi sales yang tertinggi di wilayah Pantai Timur. Tahniah.


Menimpa ilmu dengan ajen2 yang hebat dari merata negeri.


Di antara ajen2 dari ARS Agency, Temerloh. Fahmi merupakan ajen yang termuda mencapai anugerah tersebut.


Ibunya menumpang semangkut bergambar di atas pentas. Semuga lebih berjaya dan terus maju di masa akan datang.

Cuti-cuti Cik Pah Ke Kelantan Permulaan 2020

Januari, 2020 kami bertiga adik beradik perempuan menaiki kapalterbang balik kampong di Kelantan. Olek kerana tiada kenderaan, kawan2 dan saudara mara datang ke rumah adik di Kok Lanas dan membawa kami berjalan2. Tq Cikgu Liza menguruskan dan menghantar kami di Airport.  Sebelum itu bawa kami kami makan di restoran laksam yang terkenal itu.


Sepupu, Sowah datang dan bawa kami makan tengahari di rumahnya di Ketereh.


Rodong lama dalam Tupperware, Ani bawa kami bersiar2 dan makan  di sebuah restoran di Kok Lanas.


Saudara Lan di  Pulau Chondong pun menjamu kami di rumahnya. 


Akhir sekali kami 4 beradik makan bersama2 di Restoran Nasi Kukus dan Nasi Kerabu. Seorang abang tidak turut serta.


Sedap juga. Ramai pelangan2 yang menjamu di sini . Katanya nasinya cepat habis.


Di samping itu, rodong sepermainan kami semasa kecil dulu di Berek Polis Temerloh yang sudah menetap di Kelantan juga datang ke rumah adik di Kok Lanas, Tq Kak C. Bawakan pulut kuning dan rendang lagi.


Setelah hampir seminggu di Kelantan, adik terus ke Indonesia dan kami berdua berangkat ke KL


Lain kali kami akan berkunjung lagi ke Kelantan. Seronok dapat berkumpul adik beradik di kampung.