Setelah bersarapan di hotel, bertolak ke Cheongju. Setelah satu setengah jam, bas kami berhenti sebentar di R&R untuk tandas dan secawan kopi..
Makan tengahari di Seowon Hall (2nd Floor) Ramada Cheongju Hotel untuk Halal Buffet.
Pihak hotel menyediakan 2 buah bilik untuk solat zohor dan azar.
Setelah selesai, terus menuju ke Tupperware Manufacturing Plant . Wah! kami disambut meriah.
Inilah keluasan kilang tersebut dan dipenuhi dengan alatan dan mesin gergasi canggih.
Ini salah satu acuan membuat badan Tupperware....
Ini pula acuan membuat tudung Tupperware....
Tupperware ekslusif iaitu counterpart keluar dari ruang pembuatannya. Takala disentuh Tupperware ketika ini sangat panas....
Di bahagian ini, Tupperware diuji dengan mesin-mesin canggih untuk kualitinya.
Selesai lawatan ke bahagian kilang tersebut, tibalah giliran kami dibekalkan hadiah sebuah bag berisi dengan Tupperware khas dari Korea...
Di bahagian luar kilang tersebut bersama stokis dari Mentakab, Pahang.
Kami menuju semula ke Seoul. Perjalanan hampir 3 jam. Letihnya badan.... Makan malam kami di GeoGuJang untuk menikmati Seafood Steamboat bersama kimchi..
Sebelum pulang ke hotel, sempat ke Namdaemum untuk shopping....Terkenal di kawasan ini ialah Doota. Pelbagai jenis barang terdapat di sini dari basement hingga ke tingkat lima.
Suasana di tingkat bawah sekali. Kaki dah letih berjalan tadi...Jadi tak berapa larat nak shopping sakan macam org muda.....
Berjumpa semula keesokkan harinya....