Gambaran dari angkasa, Madrid. Sebuah bandaraya di Eropah yang waktu siangnya lebih panjang dari bandaraya2 lain .
Makanan tengahari yang pertama TAPAS di Madrid. Di sini 'TAPAS Lunch' ini merupakan makanan yang utama di sini. Makanan seperti ikan yang dicelur ini bersama buah zaitun, roti, acar sayur2 bersama sotong dan jemput2 kentang.
Selepas makan, kami di bawa mengelilingi Madrid. Gran Via , Puerta del sol dan Royal Palace (Palacio Real).
Kami terpaksa berjalan kaki dari perhentian bas ke Royal Palace. Gambar2 ini hanya di luar sahaja kerana di dalam tidak boleh di bawa kamera.
Di sini tidak terdapat masjid yang besar, cuma boleh di katakan surau saja terdapat di penempatan org islam. Kebanyakan masjid2 asal dulu semasa zaman kegemilangan islam di Sepanyol banyak diubahsuai menjadikan ia sebuah gereja............ Memang terpengun dengan keunikkan seni2 yang terdapat di istana Raja Sepanyol zaman dahulu... kami dibawa melihat 50 dari 2800 bilik yang terdapat di istana ini.
Waktu ini hampir pukul 5.30 petang. Menunggu yang lain untuk 'check in' di Hotel Melia Castilla. Sempat menunaikan solat zohor dan asar di hotel. Bersiap untuk makan malam di Rio Frio.....
Berjumpa lagi dalam kembara ke Toledo, Madrid pula .......