Followers

Thursday, August 4, 2011

Dila selamat sampai Temerloh.



Semalam , khamis 4.8.11, Dila selamat sampai di rumah. Abahnya bersama Farah dan Faiz pergi mengambilnya di KLIA. Mereka pergi pada 3.8.11 pukul 11.00 malam dan tidur serta bersahur di rumah Maksu Norma di Ulu Kelang.

Kesian Dila kerana kapalterbang yang dinaikinya mengalami masalah. Mereka dua tiga kali naik turun kapalterbang itu. Mula-mula masalah enjin, kemudian kerosakan pada penghawa dingin pula. Maklumlah masa penerbangan Riyadh ke KLIA mengambil masa 10 jam. Nanti sesak juga kalau aircon panas....

Kami di rumah pun resah dan gelisah akan perkembangan ini. Sampai kami terpaksa kena top- upkan kredit celcom Dila kerana terlalu banyak kali sms. Inilah kenangan pahit yang berlaku semasa penerbangan balik Dila dari Mesir kali ini. Semuga ini akan menambahkan semangat juang yang kental pada Dila.

Tapi akhirnya, sampai juga ke KLIA. Memang nampak dia keletihan dari biasa kerana penerbangannya kali ini mengambil masa hampir 3 hari.

Tapi yang seronoknya, mulai hari ini Jumaat , semua anak-anak seramai 7 orang berkumpul di Temerloh. Tiap-tiap hari makan besar. Buka puasa dan bersahur sungguh meriah sekali. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas LimpahNya. Semuga ini akan memberi kami lebih keimanan dan ketaqwaan dalam menjalani kehidupan seharian.

Berjumpa lagi.......