Tempat duduk yang selesa. Tandas yang bersih serta perjalanan yang singkat. Sepatutnya perjalanan dengan bas memakan masa hampir sembilan jam. Tetapi dengan keretapi ini cuma 3 jam sahaja.
Wow!!! tak sangka... sudah mencecah 310 km/jam. Couch B ini ialah khas untuk pelancong. Jadi kami tidak bersesak sesak dengan penumpang tempatan di sana.
Sampai di Barcelona, cuaca sejuk. Kami dibawa untuk makan tengahari di Els Porsos. Di sini kami makan soup kentang yang sedap.
Ini di antara pemandangan dan bangunan di Park Guell yang terletak di atas bukit El Carmel di Gracia, Catalonia.
Taman ini juga adalah di bawah UNESCO World Heritage Site. Rata2 banyak pokok zaitun di tanam di sini. Tak hairanlah Spain pengeluar utama zaitun dunia.
Gereja ini dimulakan pembinaan dari 1882 dan sampai sekarang masih dalam pembinaan. Paling menarik ianya mempunyai "spindle-shaped towers".
Kami menetap di Hotel NH Constanza, Barcelona. Sampai di hotel lbh kurang 5.30 ptg. Cukup masa untuk kami menunaikan solat jamak zohor dan azar di hotel sebelum kami keluar semula untuk makan malam di Asador .
Wah!! tak sabar nak makan daging kambing yang enak di sana...... Tunggu......