Setelah Covic mulai reda dan PKP dilonggarkan, sempadan negeri di bolehkan semula. Kami mula menggerak langkah menuju ke rumah anak2 di KL. Selepas itu terus ke rumah kakak di Bandar Puteri, Kelang.
Tidak ketinggalan rumah adik bongsu di Rawang. Ini merupakan rumah kedua mereka.
Ini adalah hidangan yaang sangat popular di Temerloh. Kakak dan adik juga berkunjung ke Temerloh untuk menikmati masakan ikan patin Ori.
Alhamdulillah , berselera mereka menikmati hidangan ikan patin di atas meja itu.
Selepas makan, berbual2 sebelum mereka bertolak semula ke KL.
Ustaz Fahmi juga tidak melepaskan peluang untuk membahagikan rezekinya sebagai ejen Takaful Ikhlas dengan membawa kami berlima makan di sebuah restoran. Semasa ini di bolehkan makan berkeluarga di luar.
Semuga keadaan ini akan terus pulih seperti sediakala.