Alhamdulillah kali ini dapat pergi umrah bertiga bersama suami dan abang nasir.
Inilah kumpulan kami bersama Sykt Tiram.
Di Lobby hotel sebelum ke Masjidil Haram yang hanya 50 meter sj.
Turun hotel terus sampai Dataran Masjidil Haram.
Waktu Hampir zohor.
Gambar kenangan di depan kaabah.
Di Madinah, kami tinggal di sotel ini.
Dapat makan bersama selesai solat di dewan makan di Madinah..
Di Masjid Nabawi di bawah payung besar.
Di antara lawatan di Madinah ialah melawat Muzium Turki dan Jalan Keretapi.
Pertama kali kami menunngu sehigga semua sudah masuk Raudah. Kami adalah yang terakhir. Tetapi blh tahan lambatnya juga hampir pukul 1 lbh baru blh masuk dan duduk di dalam sehingga pukul 2.30/ Alhamdulillah puas hati.
Kami diuji kali ini. Inilah bag saya yang penuh dengan kekacang dan kurma tidak sampai Malaysia bersama kami. Huhuhuhu menangis juga di airport. Kami balik tanpa bag ke Temerloh selepas buat report polis di KLIA.
Nak jadikan cerita, keesokkan hari , pihak KLIA menelefon mengatakan bag baru sampai KLdan akan dihantar terus ke Temerloh . Alhamdulillah.
Kami berharap dapat pergi lagi ke sana dengan TIRAM kerana sangat seronok dan berpuashati.