Saya berpeluang melancong ke Vietnam. Kali ini rezeki lebih sikit dpt membawa bersama anak sulung, Muhammad Firdaus yg sedang menuntut di Uitm Shah Alam. Memang bertuah dpt memjejak kaki di bumi ini. Dpt melihat pembangunan sedang giat setelah mengharunggi berbagai peristiwa yg sgt menyayat hati terutama semasa perang dgn amerika . Kami dpt melihat sendiri tempat2 yg berlaku peperangan sengit dan tempat di mana rakyatnya tinggal dan bersembunyi.
.Masih lg berpeluang menaiki beca yg dikayuh oleh seorg . Terharu melihat begitu susah mrk mencari rezeki di bwh matahari terik .. Tapi seronok jg dibawa sekitar bandar... Panasnya...
Aduh... Sempat jg anakku bergambar dgn 'sahabat-sahabat barunya'... Ada yg berkenan di hati ke? Sebenarnya ni adalah semasa acara nyanyian bahasa Vietnam, anak saya cuma membuka mulut supaya tak nampak sgt tak tau bahasa mrk.
.
.
Wow! dpt pergi ke dusun longun yg terkenal di sini. Manisnya...dpt petik sendiri dgn tangan sendiri lg. Bestnya...
.
.
Menaiki bot bersama anak mengharunggi sungai. Sampai di satu tempat, mrk menghidangkan minuman air kelapa fresh...Kagum dgn cara mrk menarik hati pelancung.
.
.
Waktu malam, kami pergi mencuci mata di pusat membeli belah yg terbesar di sana... Tapi brg2 lbh kurang seperti di Malaysia sj. Jd kami take a night walk je ler...
.
.
Ni lah tempat persembunyian mrk semasa peperangan dgn Amerika. Saya cuma msk terowong yg paling pendek, tapi dah tak tahan nafas apabila berada di dlm terowong. Tak blh ckp, tak cukup udara di dlm tu. Byangkan mrk terpaksa tinggal di dlmnya...
.
.
Tinggalan2 kenderaan2 perang. Bagaimana perasaan mrk melihat kenderaan2 ini yg membunuh berjuta2 rakyat vietnam semasa perang.
.
.