Kali ini saya akan paparkan kenangan melancung bersama TUPPERWARE bersama anak , Muhammad Faiz ke Sarawak selama seminggu.
Semasa di dlm penerbangan . Kakak di KL pun ikut sekali. Mak Longnya memang pandai melayan anak buah.
Muhammad Faiz bersama Mak Long nya di hadapan patung seekor kucing putih lambang bandar Kuching.
Pertama kali anak menaiki kapalterbang dan melancung ke tempat yang jauh .
Di Taman Budaya. Berbagai jenis rumah terdapat di sini, dari Rumah Melayu, Rumah Cina, Rumah kaum-kaum lain di Sarawak semua terdapat di sini.
Aduh! letih jg mendaki tangga ini menaiki rumah yg paling tinggi di atas bukit. Terpaksa memakai selipar dan terpaksa menyimpan kasut tumit tinggi di dalam beg untuk sampai ke atas rumah tinggi ini.
Ini adalah diantara berjenis-jenis kek lapis yang sangat terkenal ini. Kami dapat merasa semua jenis kek lapis. Bayangkan sampai kenyang.
Hai... terpaksalah berkorban. Asyik-asyik kena tangkap gambar mereka. Tak blh jadi ni, nak jg bergambar...
Akhirnya... baru blh posing sikit.. Puas hati dah, terbayang di wajah ku.
Ini dah nak berlepas pulang ke Semenanjung. Sibuk mengangkat brg2 untuk check in bagasi. Sebenarnya bukan ini saja yg dibawa. Pasu2 dan brg2 lain seperti tikar sudah dipos dahulu. Dah sampai di Sarawak disamping berjalan -jalan melihat keindahan alam semula jadi, jangan lupa membeli pasu, tikar, ikan terubuk masin, udang kering, kek lapis dan kraftangan yg lain.
Berjumpa lagi selepas ini melancung ke Langkawi bersama 3 orang anak yg lain iaitu bersama Muhammad Firdaus, Nurfadhilah dan Nurfarahayn. Memang seronok melancung di Malaysia.... Tak perlu ke luar negara bersama anak-anak selepas penat lelah bekerja.
Salam hajah... lama saya tak singgah sini. Semoga sihat dan ceria selalu.
ReplyDeletealhamdulillah... Syukur... Allah memberi nikmat sihat tubuh badan. tq singgah sini.
ReplyDeleteHello Che Hajah Nafisah, very nice gambars.
ReplyDeleteAnd Kuching is a very nice town too.
My last trip there in the '80s.
I guess tempat tu lots of changes now.
You keep well and have a nice weekend, Lee.
Uncle Lee,
ReplyDeleteSure lah a lot of changes since 80's. Now its already 2010...HOWEVER. i love to see kuching in tradisional look expecially in their tradisional dresses.
Thank u for coming here. Hope to see u happy always. Have a nice day...
rajin berjalan
ReplyDeletebest tul
hans,
ReplyDeletesusahnya nak singgah sini yer.... takpe. takpe.. lain kali ringan-ringan tgn dtg sini... tq singgah.
neruntung org2 tupperware, dapat gi melancong free.. :)
ReplyDeletepsst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://www.puteramelaka.co.cc/ . TQ.
psst 2: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://stormreaders.net/zulfadhli sekarang!
ahmad zulfadhli,
ReplyDeletetq singah. dpt melancong free berkat usaha bukan duduk saja2...