Followers

Sunday, January 29, 2012

Melancong bersama Tupperware......



Sudah lebih dari 20 tahun berkecimpung dengan bisnes Tupperware ini, banyak tempat dan negara yang dilawati. Boleh klik ke tempat2 yang saya telah pergi di sebelah kanan. Selama melancung ini, rasa2 tempat yang paling seronok ialah ketika ke Mesir. Sehingga cerita2 dipaparkan dalam 3 siri. Ini adalah kerana bukan saja dapat melancong ke bumi Ambia dengan tinggalan2 sejarah zaman nabi2 dan sahabat2 baginda tetapi dapat juga melawat anak yang masih di tahun ketiga di Universiti Al Azhar, Kaherah.


Tempat yang kedua best ialah di Cape Town, Afrika Selatan. Yang lain 2 tu seronok juga . Apa tidaknya dapat melihat negara asing bagi kita. Banyak ilmu dan pengalaman saya dapati dari lawatan2 tersebut. Seperti kata orang " jauh perjalanan luas pemandangan".


Pengalaman di Lake Toba paling menguji kesabaran. Apa tidaknya perjalanan dengan bas dari Medan ke Lake Toba memakan masa hampir 4 jam dengan keadaan jalan yang sempit, hon2 dan sangat sesak. Sungguh menyeksakan....Tapi , apabila sampai saje di Lake Toba.....terus hilang segala keletihan. Sangat cantik dan "grand". Tak dapat digambarkan oleh tulisan. Kami menginap betul2 di Puncak Lake Toba...Takde lagi kawasan yang tinggi lebih daripada itu.


Walau bagaimanapun, jika diberi peluang cukup lah itu yang pertama dan terakhir ke Lake Toba. Pada 10.2.12 ini, kami akan melancong ke Sepanyol pula, iaitu Madrid dan Barcelona. Tak sabar menanti tarikh tersebut. Semuga perjalanan dengan Tupperware untuk menimba ilmu dan pengalaman itu dalam perlindunganNya......