. Waktu malam, baru balik dari masjid. Tenguk pakaian yg kami pakai. Pada musim itu sungguh sejuk bawah 5 darjah. Imam pun baca ayat2 pendek je waktu solat.
Di hadapan Masjid Quba'. Alhamdulillah kami berjaya menunaikan ibadah sunat selama 7 hari berturut2 disini. Cuaca lebih sejuk. Saya sempat mengambil gambar suami yang sedang kesejukan.
.
Seronoknya empat org sahabat ni dpt makan buah kurma "fresh" . (Dari kanan: Prof. Dr. Kamaruddin (UTM), Pak Wan (ketua rombongan - bawa jamaah haji dah 29 x), suami dan Hj. Amrahi (Farmasist HUKL). Berebut nak bergambar pulak tu...
.
Suami dan rakan2 sebiliknya sempat berposing dalam kesejukan. (Dari kanan:Suami, Ir. Hj. Hairy(KL), Hj. Nasir, Ir. Hj. Hassan(JB)). Kami bertuah kerana dapat merasa cuaca sejuk di sana. Terpaksa membeli sarung tangan dan snowcap ....Memang sejuk...
.
Di ladang kurma. Seronok dpt makan semua jenis makanan dari kurma secara percuma tapi tak blh bawa balik. Nak bawa balik kena beli... Emmm! sedapnya makan kurma sambil minum teh & kopi percuma dikala kesejukan...
.
Kenangan yang tak boleh dilupakan - kami sempat menjamu selera bersama Dr. Hj. Abd. Wahab Ismail (Director of Ingress Corp) & zaujah di Restoran Arab Tradisi. Disini kami makan Nasi Bukhari & kibas... Suami sempat belajar cara masak Nasi Bukhari...
.
Di Madinah tidak seperti di Mekah. Takde masa nak bersiar-siar sgt. Tapi di sini, saya dan suami byk pergi berjalan-jalan melihat gelagat manusia, membeli belah dan makan bersama pelbagai masakan orang Arab .
.
Mcm baru kahwin je... Loving Couple lah katakan. He he he....Seronoknya... Romantik tak???
.
Suami saya memang suka sangat dgn cuaca sejuk tu. Ada seorg arab minta kamera dan mengambil gambar kami berposing. Apa lg, 1, 2, 3 shoot!. Ini lah di antara gambar2 yg dpt saya paparkan sekitar berada di Madinah. Saya bersyukur kerana dpt mengerjakan ibadat sepenuhnya di Mekah, cuma di Madinah dapat 3 hari sahaja. Selepas itu cuma tinggal di bilik hotel saja... Uzur...Alhamdulillah rezeki yg Allah berikan kepada hambanya...
.
Alhamdulillah. Selesai sudah ziarah kami. Kami pulang ke Malaysia.
Dlm Saudi Air, group kami duduk baris hadapan sekali...
.
Wajah2 ceria, mungkin dah kebas badan kerana dah lama sangat dlm penerbangan, mereka duduk diatas lantai Saudi Air. Entah bilalah pula dpt kami menjijak kaki ke sana lagi... Terasa baru semalam saja ....Madinah, Makkah, kami sangat merindui mu....
Salam...:)
ReplyDeleteTerima kasih ziarah blog saya..
abd razak
ReplyDeletesama2. seronok baca entri saudara.
Salam .Lama saya tak singgah di sini.Menarik cerita dan gambar-gambar ni.
ReplyDeleteabu muaz,
ReplyDeletemmg lama tak dtg jenguk kat sini. hari sampai jg. kalau nak cerita tak habis, mmg sgt2 menarik. Selain pergi mengabdikan diri kpd Allah, ianya merupakan perjalanan honeymoon kami. bila lg dpt berdua2an mcm tu...btltak?
Salam Hajah Nafisah,
ReplyDeleteterima kasih ke blog saya.. terhibur lihat gambar2 kenangan ini.. mudah2an kak juga akan dapat ke sana lagi.. namun slipped disc ini yg membimbangkan.. walaubagaimanapun kak ada berkehendak, insyaAllah dimakbulkan Allah.
werdah,
ReplyDeleteinsyaalah... seronok dpt mengenali werdah. semuga dpt singgah lagi.
salam ziarah =)
ReplyDeleteprincess
ReplyDeleteselamat dtg. Semuga dpt berjumpa lg.
salam kak,
ReplyDeleteadeiii lama betul x update.. lama juga saya x online coz sibuk dgn kenduri dan merata2 la akt cuti ni heh heh.. last week seminggu di kedah dan penang kerana cousin kahwin... so x byk la masa nk update blog heh heh
cikgu Adham,
ReplyDeleteHai, namanya cuti sekolah kan . Cuti sungguh2 lah. Takpe... sibuk2 pun sempat jg singgah sini. Terima kasih lah.