Followers

Saturday, October 24, 2020

Hari Kelahiran suamiku.

 

Penutup Tahun 2019 ialah Hari Kelahiran suamiku yang tercinta.


Suamiku mendapat satu jambangan bunga yang terdapat wang tunai di sediakan oleh Dila di Kajang.


Terkejut juga apabila ada orang membunyikan loceng bertanyakan suamiku. 


Memang hari itu, kami tapau saja Nasi Beriani Ali yang terkenal di Mentakab. Semuga panjang umur dan murah rezeki dan berbahagia di samping keluarga. Amin.

Dila ke Hosp Kajang dan Faiz di Hoshas

 

Hujung tahun 2019 juga menyaksikan kedua2 anak bertukar atau berpindah tempat bertugas.


Dr Faiz dapat bertukar ke Hoshas tempat kakaknya Dr Dila bertugas  sebelum bertukar ke Hospital Kajang mengikut suaminya.


Di Hospital Kajang Dr Dila dapat bertugas bersama anak saudara suaminya.


Inilah keadaan Hospital Kajang di Jabatan Kecemasan dan Trauma.


Semuga kedua2 dapat bertugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Jaga keselamatan diri masing2. Good Luck di tempat baru.

Family Day di The Chateau Spa and Organic Wellness Resort

 

Tahun 2019 juga berpeluang menghabiskan masa bercuti di Bukit Tinggi ini iaitu di The Chateau. Melihat keadaan bangunannya memang menyeramkan juga gaya kerana binaannya tapi class dan berprestige.


Ruang2 dalaman nya memang besar dan sangat selesa.


Sarapan pagi disediakan bersebelahan dengan kolam renang yang sangat luas.


Selepas bersarapan, kami naik ke villa utk salin baju mandi.


Ada 2 ruang. Satu utk dewasa dan satu lg utk kanak2.



Keadaan cuaca di sini memang sejuk. Setelah bersarapan, kami melawat di beberapa tempat yang menarik .


Salah satunya adalah Japanese Palace yang berada betul2 di puncak. Sakit juga lutut menaiki tangga tapi menyeronokan.