Followers

Sunday, March 14, 2010

BAB 23 - MELANCUNG BERSAMA 7 ANAK (PULAU LANGKAWI) EDISI 2


Selamat bertemu kembali.
Baru balik dari
Pulau Langkawi bersama 3 org anak
iaitu Muhammad Fahmi, Muhammad Farhan dan Nurul Faizah.
Nampak keceriaan di wajah2 mereka ketika menaiki pesawat.



Di dalam pesawat terserempak dgn Dr Anis
anak abang ipar saya, Dr Abdul Wahab.
Mereka pun bercuti sekeluarga sebelah isterinya ke Pulau Langkawi.
Berbual sekejap tapi keadaan cuaca tidak elok sepanjang perjalanan.
Terpaksalah duduk di tempat duduk masing-masing.
Sampai saja di Hotel Seaview di Kuah,
anak terus pergi ke kolam renang.




Tengok mereka berenang sambil bergurau senda...
Saya cuma memerhatikan mereka sambil menjadi
jurukamera yang tidak bertauliah...



Keesokkan harinya, kami dibawa melawat
ke tempat memproses gamat.

Kalau tak beli produk gamat ni tak sah
kerana Pulau langkawi ini terkenal dengan gamat.



Kemudian pergi ke perkampungan Mahsuri.
Dibawa melawat ke Telaga Mahsuri yang terkenal itu.
Kebetulan hari sangat panas, Jadi apa lagi,
Kami pun mengambil airnya
lalu membasuh muka.
Memang sejuk air telaga...
teringat semasa
di kampung di Kelantan dulu-dulu....




Muhammad Farhan berehat dan berbaring di katil Mahsuri...
Aduh kerasnya!!! mane tilamnya...
tak bestlah tidur mcm ni, katanya.
Semua yang melihatnya tergelak memerhatikan
telatah anak saya yang suka bergurau ini...




Selepas makan tengahari di sebuah
restoran terkenal dengan ikan bakar,
kami dibawa ke UNDERWATER WORLD.

Memang tempat ini sangat sesuai untuk anak-anak kita pergi
melihat sendiri kehidupan di dalam air tawar dan masin.




Bergambar di pintu masuk Muzium,
sebelum mendapatkan tiket untuk masuk ke sini.
Di sini kita dapat mengetahui lbh mendalam
mengenai asal usul Mahsuri sehingga tujuh keturunan itu.




Macho tak??? bergambar di dalam UNDERWATER WORLD
dengan berbagai-bagai spesis ikan...



Ini di puncak menuju ke Jambatan Gantung yang terpanjang.
Dari kereta kabel yg akhir sekali, kita perlu menuruni tangga
yg blh tahan jg jauhnya. Masa turun ke jambatan itu, oklah sikit...
tapi , tersangatlah letihnya apabila hendak menaiki
kembali tangga2 tersebutmenuju ke kabel.
Kalau sakit lutut tak payah turun,
tengok dari jauh je jambatan gantung itu...




Di dalam UNDERWATER WORLD , dengan spesis ikan 2 yu...
terpesona dan terpegun melihat ikan2 yu ini
berenang ke sana sini bebas
di dalam takungan air masin ini...



Kami menaiki kereta kabel berempat sahaja di dalamnya.
Memang menyeramkan dan menakutkan.
Nurul faizah menggeletar jg sambil memejamkan matanya p
ada peringkat permulaan menuju ke puncak.
Tapi lama kelamaan, dia membuka matanya sambil
melihat pemandangan dari kereta kabel ini.
Kami dpt melihat pulau2 kecil, kapal2 yg berlabuh,
Telaga Tujuh
dan hutan2 yg tebal dari sini..




Tapi semasa hendak turun, tiba2 angin bertiup kencang, kereta yg kami naiki bergoyang2. Kami berempat menjerit sambil membacakan Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. Memang menakutkan pengalaman ini... tidak seperti pergalaman semasa menaiki kereta kabel ke puncak Table Mountain di Cape Town beberapa tahun dulu... Padahal lagi tinggi di sana . Akhirnya kami selamat sampai ke bawah. Muhammad Fahmi tergelak melihat kami bertiga terketar2 keluar dari kereta kabel...Dia dengan machonya berkata... alah! mcm tu pun nak menjerit, rileklah. Tapi sebenarnya, dia pun ketakutan tapi berselindung di balik riak mukanya yg selamba...

Sebelah petangnya tibalah masa shopping non stop sehingga malam... sampai tambah satu beg lagi kerana tidak cukup tempat... Tiba saja di KLIA, suami dtg menjemput . Belum lagi sempat bercerita tentang keseronokan kami di Pulau Langkawi, suami berkata bahawa road tax yg sudah luput 10 hari tidak dibawa dan ditampal di kereta. Aduh!!! Cemasnya... Suami menelefon abangnya di Kelang. Dia menyuruh membaca ayat yang dibaca oleh Rasulullah semasa meloloskan diri dari pihak Quraisy semasa Hijrah. Kami sekeluarga membaca ayat dan doa yg diberikan oleh ayah mertua beramai2 di dalam kereta. Kami membaca dengan bersungguh2 agar Allah melindunggi kami dari segala kesusahan ini.

Tiba2 semasa kereta kami melalui sekatan oleh JPJ itu, pegawai itu boleh beralih ke kwnnya dan melepaskan dengan begitu saja kereta kami. Padahal sebelum itu satu2 kereta di suluh depan cermin tetapi tiba giliran kereta kami dilepaskan begitu saja. Alhamdulillah... kami sekeluarga tak terkata apa2 sehingga sampai ke Karak Highway baru kami bercerita mengenai kejadian yg berlaku di depan mata...

Itulah kenangan dan peristiwa yang tidak dapat dilupakan sampai bila2. Semuga peristiwa ini menjadi ikhtibar kepada kami. Kami bersyukur dan menyerah diri kepada Allah atas segala yg berlaku...